Bercakap mengenai sinar UV, pasti anda terus memikirkan kulit dan tubuh, tetapi jarang sekali terfikirkan penjagaan mata dan cara melindunginya. Ya, mata juga memerlukan penjagaan rapi dan betul daripada cela matahari.
Satu cara mudah untuk melindungi mata daripada sinar UV yang mungkin berbahaya adalah mengenakan cermin mata gelap yang mempunyai lapisan pelindung UV. Lebih baik jika ia menutupi seluruh kawasan mata atau jenis lebar, pakainya bila anda keluar di bawah sinar mentari. Elakkan juga daripada mendongak hingga mata terkena sinar matahari langsung.
Mata yang terdedah lama pada sinar matahari dikatakan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti katarak, macular degeneration dan photokeratitis yang boleh buat anda hilang penglihatan sementara waktu.
Antara faktor yang meningkatkan risiko masalah mata termasuk:
- Lokasi geografik. Kadar UV di kawasan tropikal terutama yang dekat dengan ekuator Bumi lebih tinggi.
- Ketinggian. Kadar UV lebih tinggi pada kawasan tinggi.
- Tengok waktu. Antara jam 10 pagi hingga dua petang, tempoh di mana kadar UV adalah tinggi.
- Ubat-ubatan. Sesetengah jenis ubat seperti tetracycline, pil pencegah kehamilan contohnya, boleh meningkatkan kadar sensitiviti tubuh kepada radiasi UV.
Walaupun hari kelihatan mendung, ia tidak mengurangkan kadar UV ya. Risiko pada pendedahan UV agak tinggi biarpun cuaca berjerabu atau mendung.
Bagi anda yang memakai kanta lekap, tahukah anda walaupun kanta lekap anda mempunyai pelindungan UV, adalah lebih baik jika melindunginya secara berganda dengan cermin mata hitam.
Jika anda ingin mencuba kanta lekap yang boleh dipadankan dengan keperluan setiap individu dan keperluan gaya hidup berbeza, anda boleh mendaftar untuk mendapatkan pengalaman kanta lekap percubaan di Facebook Acuvue Malaysia atau laman web Acuvue. Atur temujanji dengan pakar mata profesional untuk mendapatkan sepasang kanta lekap percubaan Acuvue secara percuma.
Selain itu, Acuvue turut melancarkan kempen #seemyworld merangkumi pertandingan foto percutian bertema selama empat minggu berlangsung mulai 2 Mei lalu. Anda hanya perlu kongsikan lokasi pelancongan kegemaran di Malaysia dengan memuat naik gambar dengan keterangan gambar di Instagram mengikut tema mingguan, menggunakan hashtag #seemyworld dan #AcuvueMY. Pelbagai hadiah menarik mingguan boleh dimenangi sepanjang empat minggu ini. Seronoknya!
The post Lindungi Mata Daripada Sinar UV appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment