ISU BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BEKAS SUAMI, INI RESPON FASHA SANDHA?

isu-buat-loparan-polis-terhadap-bekas-suami-ini-respon-fasha-sandhaPelakon popular Fasha Sandha enggan mendedahkan punca dia membuat laporan polis pada petang Isnin di Balai Polis Ampang, namun perkara itu dikatakan akibat gangguan bekas suami, Jejai.

Fasha yang dihubungi bagaimanapun tidak bersedia untuk berkongsi secara terperinci mengenai dakwaan terbabit.

“Maaf saya sedang sibuk dengan penggambaran drama bersiri 100 episod Lara Aishah. Ya, memang saya ada buat laporan polis tapi saya tidak mahu komen lanjut kerana kes ini sudah diserahkan kepada pihak peguam dan polis,” katanya.

Isu terbaharu ini tersebar apabila ada yang mendakwa melihat kehadiran pelakon itu bersama peguamnya di balai berkenaan pada jam 1 petang dipercayai bertujuan untuk membuat laporan polis kerana sudah tidak tahan dengan gangguan daripada bekas suaminya.

Memetik sumber, Jejai dikatakan sering memasuki kediaman Fasha tanpa kebenaran dan sering mengganggu kehidupan wanita itu apabila dia bersama rakan-rakannya. Fasha yang tertekan dengan situasi itu dipercayai mengambil tindakan tersebut untuk perlindungan diri.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment