Kemelut antara Jejai dan Fasha Sandha sehingga hari ini masih mendapat perhatian ramai yang masih ingin mengetahui apakah kandungan sebenar laporan polis yang dibuat oleh Fasha.
Malah, masih ada lagi pihak yang mengaitkan nama bekas isteri Jejai iaitu Nora Danish dalam permasalahan bekas suaminya dengan Fasha.
Namun, Nora menegaskan beliau sama sekali tidak pernah memasuk campur apa sahaja perkara berkaitan Jejai dan beliau tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai konflik Jejai dan Fasha.
Minta maaf. Saya tidak mahu memberikan sebarang komen berhubung perkara itu kerana saya tidak mempunyai sebarang kaitan.
Sebelum ini, Nora pernah dikatakan sebagai punca rumah tangga Fasha dan Jejai berantakan.
Masalah Jejai dan Fasha mula timbul apabila ada sumber mengatakan Fasha membuat satu laporan polis terhadap Jejai kerana tidak tahan dengan sikap Jejai yang masih mengawal kehidupan beliau meskipun sudah bercerai. Jejai juga keluar masuk rumah Fasha tanpa kebenaran.
0 comments :
Post a Comment