ELLY MAZLEIN FAIL TUNTUTAN HAK PENJAGAAN ANAK?

catsTidak mahukan perkara yang tidak diingini berlaku ataupun sebarang perkara berbangkit, pelakon Elly Mazlein memberitahu dia akan membuat fail hak penjagaan anak tidak lama lagi, berikutan mahukan yang terbaik bagi diri dan anaknya, Putri Sara Sefhia untuk masa depan bersama.

“Pada saya terpulang pada diri sendiri dan masing-masing pun sudah besar serta fikir-fikirkanlah sendiri. Sekarang ini tengah nak naik mahkamah untuk hak penjagaan anak, saya mahukan hitam putih. Jadi, tak mahu esok hari ada hak-hal yang berbangkit. Sebab dari hari pertama sehingga kini saya yang menjaga anak,” ujarnya ringkas.

Elly mengakui kehidupannya kini lebih tenang dan rezeki melimpah.

“Alhamdulillah kehidupan sekarang rezeki lebih melimpah, menumpang rezeki anaklah kan, insya-Allah. Sekarang ini saya ada gunakan dua khidmat nurse untuk jaga anak sebab saya nak yang terbaik untuk dirinya,” tambah Elly lagi.

Sementara itu, ketika diajukan persoalan mengenai persepektif netizen mengenai pengasuh atau pembantu rumah untuk menjaga anak, Elly menjawab dengan baik.

“Sebenarnya saya percaya dengan nurse saya dan mereka pun sayagkan anak saya. Tak perlulah saya fikirkan hal-hal negatif ini, jangan disebabkan cerita negatif kita cepat menjatuhkan hukum. Jadi saya positif dengan keputusan ini, saya juga dah pesan dengan nurse, anak yang saya ada merupakan nyawa saya, lagipun anak selesa dengan nurse.

“Saya tidaklah melepaskan tanggungjawab menjaga anak dengan nurse, mandi makan menyusu saya yang akan buat, cuma mereka akan jaga sewaktu saya bekerja sahaja. Sebagai ibu sudah tentunya saya tidak mahu melepaskan setiap momen anak membesar,” tuturnya. [sumber: Media Hiburan]

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment