Panduan Mengurus Rambut Berminyak

Rambut berminyak selalunya kuat, sihat dan mudah didandan.

Namun rambut jenis ini cepat hilang bentuk dandanan, mudah kusut, tidak bermaya serta mudah berkelemumur. Ikuti panduan penjagaan untuk rambut berminyak.

22876734_s

  1. Sikat dan urut rambut selalu untuk meningkatkan peredaran. Ini tidak akan meningkatkan penghasilan minyak, sebaliknya mengekalkan kesihatan rambut anda.
  2. Gunakan syampu yang hanya berfungsi mencuci. Syampu berkandungan jus sitrik atau asid malic sangat berkesan untuk menghilangkan lebihan minyak.
  3. Hindari syampu berperapi kerana ia mengandungi minyak dan dammar yang hanya akan menambah berat pada rambut anda.
  4. Jika anda berkelemumur, gunakan syampu berkandungan sulfur.
  5. Jika menggunakan perapi, elakkan rumusan mengandungi lidah buaya, balsam, protein, minyak jojoba atau damar. Pilih protein hidrolis atau silikon. Jika berambut yang diproses seperti dikeriting (perm) atau diluruskan (rebonding) sapu perapi hanya pada hujung rambut.
  6. Rawatan terbaik selepas bersyampu adalah dengan mencampurkan jus sebiji lemon di dalam secawan air suam dan ratakan pada rambut. Bilas dengan air sejuk. Jus lemon adalah astringen yang bertindak menutup liang rambut, menghalang pengeluaran minyak dan menjadikan rambut bersinar.
  7. Barangan dandanan terbaika adalah mousse kerana tidak mengandungi minyak dan menambah ketebalan.
  8. Jauhkan pengering rambut dari kulit kepala. Membiarkan rambut kering sendiri dan melekap pada kulit kepala membenarkan rambut mengumpul minyak.
  9. Jangan gunakan semburan rambut yang hanya mengumpil habuk dan lembapan dari udara.

Foto: 123rf.com

The post Panduan Mengurus Rambut Berminyak appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment