Kajian antarabangsa telah membuktikan oat adalah makanan yang berkhasiat dengan kebaikannya tersendiri serta disarankan untuk semua peringkat umur.
Oat adalah sumber karbohidrat yang kaya dengan serat dan membantu memberikan rasa kenyang lebih lama. Dalam satu hari, kita memerlukan 25 gram serat iaitu bersamaan dengan semangkuk oat. Malah oat juga membekalkan tenaga dan membantu proses pencernaan.
Membantu Mengawal Selera Makan
Kajian di Australia membuktikan kandungan dalam oat dikenali beta–glucan mampu mengawal hormon rasa lapar dan anda akan berasa kenyang lebih lama. Ini sekaligus membantu anda yang dalam plan untuk diet. Kajian juga membuktikan individu yang mempunyai kadar kolestrol yang tinggi jika mengambil tiga gram serat setiap hari mampu mengurangkan tahap kolestrol sehingga 8% – 23%. Ingat, satu cawan oat bersamaan dengan empat gram serat.
Mengurangkan Tekanan Darah
Penyakit jantung adalah antara penyakit yang paling tinggi dihadapi di dunia. Satu kajian daripada sebuah jurnal di Amerika Syarikat mendapati amalan diet yang disertakan dengan serat gandum seperti oat jika diamalkan berterusan lebih efektif untuk mengurangkan tekanan darah dan menstabilkan tekanan gula dalam badan.
Membantu Tidur Dengan Nyenyak
Ramai berpendapat, oat hanyalah sesuai dimakan ketika sarapan. Sebaliknya oat disarankan dimakan ketika waktu makan malam. Ianya membantu anda untuk tidur lebih selesa dan nyenyak. Kenapa oat bagus diambil sebelum tidur? Ini kerana ia mengandungi melatonin dan complex carbohydrates termasuk kaya dengan pelbagai vitamin seperti B6 yang menggalakan tidur nyenyak.
Jadi apa kata anda mulakan hari dengan semangkuk bijirin oat setiap pagi. Jangan lupa hidangkan bersama susu rendah lemak, buah-buahan seperti pisang, strawberi ataupun blueberi. Amalkan pengambilan oat setiap hari dan alami sendiri kehebatan dan khasiatnya. Selamat mencuba.
Foto: 123rf.com
The post Kebaikan dan Kehebatan Oat Yang Anda Perlu Tahu appeared first on Jelita.

0 comments :
Post a Comment