Hajat di hati nak pergi melancong ke Eropah, namun apakan daya dek kerana modal yang tak berapa tebal, haruslah ditangguhkan terlebih dahulu niat tu kan.
Tapi, bak kata pepatah ‘tak kenal maka tak cinta’. Kalau korang nak tahu, ada sebuah negara di Asia ini yang mempunyai tarikan lebih kurang dengan Eropah tu.
So, sebelum jejakkan kaki ke Eropah, dah bolehlah kita jalan dalam Asia dulu. Negara mana? Tarikan apa yang sama? Jom usha hasil pencarian kami ni.
1. Nak hayati keindahan seni bina Eropah?
Colosseum Amphitheatre, Rome
Eh.. sama macam dekat Macao Fisherman’s Wharf la…
Roman Amphitheatre
Mempunyai keluasan lebih daripada 111, 500 kaki (dianggarkan 28 ekar), Macao Fisherman’s Wharf adalah taman tema pertama dan juga pusat membeli-belah yang dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu East Meets West, Dynasty Wharf dan Legend Wharf.
Maka, di bahagian Macao East Meets West, ia berjaya menggabungkan elemen tradisi oriental dengan konsep barat seperti Roman Amphitheatre dan seni bina Greece.
Macao Fisherman’s Wharf
Banyak lagi seni bina Macao persis bangunan di Eropah…
Senado Square
St. Dominic’s Church
Mungkin ada antara korang yang tertanya-tanya mengapa seni bina di Macao banyak dipengaruhi konsep Eropah. Sejarahnya, Macao adalah bekas koloni Portugis dan ditadbir oleh Portugal dari pertengahan abad ke-16 hingga lewat tahun 1999. So, sebab itulah banyak bangunan ala Eropah kat sini. Ada faham? Hehe.
2. Feeling nak naik Gondola di Venice?
Venice
Well, Macao pun ada gondola okay!
The Venetian
The Venetian
Apa yang menariknya, gondola ini beroperasi daripada pukul 11 pagi sehingga 10 malam dan terletak dalam The Venetian. Malah, The Venetian juga adalah merupakan hotel mewah yang menggabungkan pusat membeli-belah di dalamnya.
Untuk kaki shopping pula, The Grand Canal Shoppes terletak di tingkat tiga dan ianya juga adalah pusat membeli-belah tertutup terbesar di Macao dengan keluasan 22 ekar dan lebih 350 butik. Semuanya bebas cukai!
The Venetian
3. Nak jejakkan kaki ke Tapak Warisan UNESCO?
Amiens Cathedral, Perancis
Di Macao pun ada!
Ruins of St. Paul’s
Mungkin ada antara korang yang memang teringin sangat nak jejak kaki ke Tapak Warisan Dunia UNESCO. Untuk pengetahuan korang, Ruins of St. Paul’s ini telah dinobatkan sebagai sebahagian daripada Historic Centre of Macao, Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 2005.
Selain itu, beberapa lagi monumen yang telah diiktiraf sebagai Historic Centre of Macao adalah Guia Fotress, Dom Pedro V Theatre, Casa Garden dan banyak lagi. Bagi yang minat sejarah dan seni bina unik, memang wajarlah korang mengunjungi Macao!
Guia Fotress
Dom Pedro V Theatre
4. Apa pula kelebihan Macao berbanding Eropah?
Pantai Hac Sa
Kenapa kami cakap unik? Sebab Pantai Hac Sa ini memiliki pasir hitam! Malah, nama Pantai Hac Sa itu juga bermaksud pasir hitam. Terletak di bahagian paling selatan Pulau Coloane, Pantai Hac Sa mendapat warna unik ini disebabkan oleh mineral daripada dasar laut. Menarikkan?
Pantai Hac Sa
5. Makanan Halal pun ada…
Antara hidangan halal di Restoran Taste of India terletak di Macao Fisherman’s Wharf
Rakyat Malaysia dan makanan memang tidak dapat dipisahkan. Ramai yang jadi khuatir untuk ke negara orang hanya kerana memikirkan soal makanan. Malah, mesti ramai yang bawa makanan segera dari Malaysia semata-mata mahu memastikan perut sentiasa kenyang untuk travel.
Tapi, korang dah boleh rasa gundah di hati sebab dekat Macao ni pun ada beberapa kedai yang menyediakan hidangan halal. Senarainya seperti di bawah:
1) Café Panorama (HALAL) (Old Westin) Location: Grand Coloane Resort (Ground Level) Grand Coloane Beach Resort 1918 Estrada de Hac Sa, Coloane, Macao. Tel: +853 8899 1020 Time: 07:00am – 12:00am
2)Golden Peacock (HALAL) Location: The Venetian Macao (near to South Lobby) The Venetian Macao Resort Shop 1037 | Cotai Strip, Taipa, Macao, China Tel: +853 8118 9696 Time: 11:00am – 03:00pm (Lunch) Time: 06:00pm – 11:00pm (Dinner)
3) Taste of India (HALAL) Location: Macao Fisherman’s Wharf Shop 06-07 G/F, Lisbon I, Macao Fisherman’s Wharf, Avenida Dr. Sun Yat-Sen, S/N, Macao Tel / Fax: +853 2872 8413
4) Lou Lan Islam Restaurant (HALAL) Location: Intersection of Avenida Almeida and Rua Cinco de Outubro. It is the second shop at the intersection. Tel: +853 2853 0264 Time: 11:00am – 02:00am
5) Indian Spice (Pork Free) Location: Opposite shop-lot of the Kun Iam Statue at Peninsula Macao 39, Alameda Dr. Carlos D’Assumpcau, Vista Magnifica Court BG/RC, Macao Tel: +853 2872 2784
6)Indian Spice Express (HALAL; opened by Indian Spice) Location: Food Court of The Venetian Macao The Venetian Macao Resort Shop 2513 | Cotai Strip, Taipa, Macao, China Tel: +853 2886 6894
7)Indian Garden (Pork Free) Location: Taipa Nova Taipa Garden, Flores, Shop 18, G/F, Bloco 27, Rua de Seng Tou Tel: +853 2883 7088
Restoran Golden Peacock
Apa lagi, jomlah ikut kami ke Macao!
Pemandangan sekitar Macao Tower di malam hari
Sebenarnya banyak lagi tarikan di Macao yang anda boleh lihat dan sudah tentu menjamin percutian yang berbaloi-baloi bersama keluarga tercinta.
Jadi, kalau korang nak tahu lebih lagi mengenai tarikan di Macao, korang boleh ikuti beberapa roadshow yang bakal dilaksanakan iaitu pada 23 sehingga 24 April di (IOI City Putrajaya), di Ipoh pada 7 sehingga 8 Mei dan juga di Pulau Pinang (Gurney Plaza) pada 14 sehingga 15 Mei.
So, sudah sedia ke nak jelajah Macao?
The post Kenapa Nak Pergi Ke Eropah Sedangkan Negara Asia Ini Miliki Tarikan Yang Sama? Antaranya Ialah… appeared first on OHBULAN!.
0 comments :
Post a Comment