FIZO OMAR AKHIRNYA BUAT KENYATAAN MEDIA ISU PEMINAT FANATIK BEREBUT TUDUNG FAREEDA?

catsSebelum ini viral video menunjukkan peminat fanatik berebut tudung keluaran terbaru butik Fareeda. Selepas menerima keceman hebat netizen, Fizo Omar bersama isteri, Mawar, tampil memberi penjelasan. Menerusi kenyataan media, Fizo turut menyatakan kekecewaan kepada sesetengah pihak yang menyamakan pelanggan mereka sama seperti binatang.

“Saya berasa kecewa apabila ada pihak menyamakan peminat dan penjual kami dengan binatang. Sekurang-kurangnya mereka berusaha mencari rezeki. kami tidak rancang untuk jadikan mereka sedemikian, kami sendiri tak jangka situasi itu boleh sampai ke tahap ini. kami dah cuba yang terbaik dan termampu pada hari tersebut”

“Video yang dimuat naik itu sebenarnya salah satu strategi pemasaran kami, keadaan dimana lelaki dan perempuan bercampur itu adalah diluar kawalan kami kerana peminat memang agresif pada hari itu. Malah cermin bank disebelah kami turut retak disebabkan mereka tolak-menolak,”  katanya.

Tambah Fizo lagi, pihaknya juga telah menukar sistem nombor pada sebelah petang bagi mengelakkan pembeli bermalam disebelah kedai. Namun mungkin keadaan menjadi agresif kerana nombor giliran adalah terhad, walaupun anggota polis dan Rela sudah disediakan, mereka tetap tidak mampu mengawal apa yang berlaku.

Sementara itu apabila ditanya mengenai dakwaan yang mengatakan pihak Fareeda mengupah orang untuk membeli rekaan terbarunya sebagai salah satu teknik pemasaran, Fizo menafikannya ini kerana kebanyakan pembeli yang datang pada hari tersebut juga terdiri daripada penjual yang membeli tudung itu untuk dipasarkan semula.

Sumber: Rotikaya

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment