Pelakon Hafidz Roshdi mengakui merasa bengang dengan tindakan Uqasha Senrose menyindir tunangnya yang di sifatkan terlalu “childish” kerana cemburukan kemesraan beliau dan Hafidz ketika berlakon didalam drama Tundukkan Playboy Itu.
Hafidz menjelaskan beliau telah menghubungi Uqasha secara peribadi dan berharap perkara tersebut tidak dipanjangkan lagi.
Saya bengang kerana beliau mengata tunang saya secara umum dan bagi saya, ia tidak patut berlaku. Saya sudah pun menghubunginya berhubung perkara itu. Apapun saya dan tunang masih baik dan isu yang dibangkitkan Uqasha tidak menjejaskan perhubungan kami.
Berbicara mengenai luahan beliau di Instagram, Hafidz sedar kata-kata yang keluar ketika itu adalah keerana beliau sedang merasa sangat marah. Walaubagaimanapun beliau sudah memadam posting berkenaan kerana tidak mahu isu menjadi lebih hangat.
Ketika saya muat naik status itu di Instagram, saya sangat marah. Apabila difikirkan balik, saya tidak patut bertindak sedemikian, seolah-olah masalah itu tiada penghujungnya. Jadi saya padamkan ‘posting’ itu.
Apabila saya berkongsi mengenai kisah tunang cemburu, bukan bermakna perasaan itu dibawa sehingga menjadi pergaduhan. Ia sekadar cemburu biasa, di mana semua pasangan akan merasainya. Tetapi lain pula yang terjadi apabila beliau memuat naik status seperti itu.
Bila ditanya jika beliau masih mahu bekerjasama dengan Uqasha pada masa akan datang, Hafidz enggan memberikan sebarang komen buat masa ini.
0 comments :
Post a Comment