Cara Selebriti Tempatan Jaga Badan

 

cara-selebriti-jaga-badan

Gambar : Arkib EH! & Instagram 

 

Boleh dikatakan ramai selebriti tempatan yang punya bentuk badan yang cantik menawan walaupun sudah berkeluarga. Bagi mereka, perkahwinan bukan satu penghalang untuk menjaga tubuh badan agar sentiasa langsing dan sihat.

 

Kesihatan dan kelangsingan tubuh badan itu penting bagi mengekalkan imej muda dan sihat sentiasa. Ia sedikit sebanyak meningkatkan keyakinan diri lebih-lebih lagi bidang kerja mereka memerlukan mereka tampak cantik di depan lensa.

 

EH! secara eksklusifnya menemu ramah selebriti tempatan dalam mendapatkan panduan serta rahsia mereka menjaga badan agar kekal langsing menawan.

 

Erra Fazira

S : Anda mengamalkan sebarang diet?

“Biasanya saya akan ambil heavy brunch dan sajian yang sangat ringan untuk makan malam. Saya akan makan malam sejurus selepas waktu Maghrib, yakni sebelum jam 8 malam. Saya percaya tentu ada sebab mengapa kita berbuka puasa pada waktu itu.”

 

Izara Aishah

S : Senaman apa yang anda lakukan dan sekerap mana?

“Saya gemar menari dan itu cara senaman saya. Hampir setiap hari itulah rutin harian dan lakukannya dengan konsisten sekurang-kurangnya sejam sehari.”

 

Nora Danish

S : Senaman apa yang anda lakukan dan sekerap mana?

“Yoga dan MMA pabila berkelapangan. Memandangkan saya sibuk denga penggambaran jadi soal masa agak terhad. Paling tidak saya cuba lakukan squat dan sit ups di rumah.”

 

Fouziah Gous

S : Cara terbaik untuk mengawal selera makan?

Makan saja apa yang anda mahu cuma kurangkan kuantitinya.

 

Diana Danielle

S : Cara terbaik untuk mengawal selera makan?

Saya turunkan berat badan dengan makan sajian yang tinggi protein, rendah karbohidrat dan banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Saya berasa kenyang dan masa sama makanan yang diambil tidak berat serta rendah kalori. Rambut dan kulit saya juga berada dalam kondisi yang baik pabila saya menjaga pemakanan.

 

 

The post Cara Selebriti Tempatan Jaga Badan appeared first on EH!.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment