Kurma antara buah yang mempunyai pelbagai khasiat dan kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin. Selain tinggi kandunga protein dan serat.
- Membekalkan tenaga segera.
Mengandungi gula ringkas yang pantas diserap tubuh. Amalkan makan kurma ketika berbuka puasa mampu memberikan tenaga kepada tubuh serta-merta.
- Kaya dengan serat dan Potassium
Kulit Kurma mengandungi tinggi serat yang amat baik untuk sistem pelawasan. Buah ini juga akan seimbangkan kembali kandungan air dalam tubuh terutama sepanjang tempoh berpuasa. Selain membantu membina otot dan memelihara sistem saraf.
- Penguat memori
Meningkatkan daya ingatan sama seperti kismis dan sesuai untuk kanak-kanak.
- Baik untuk wanita hamil atau bersalin
Amalkan makan kurma diyakini mampu memudahkan proses bersalin serta mengurangkan pengaliran darah keluar sewaktu bersalin.
- Penawar racun
Amalkan makan kurma diyakini terhindar daripada terkena racun.
- Merawat penyakit
Rendam biji kurma yang dikisar halus seperti serbuk teh dengan air suam. Kemudian minum airnya. Ia diyakini mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
- Mengubati sembelit
Kurma diyakini dapat memudahkan penyerapan zat makanan dan mengelakkan sembelit.
The post 7 Rahsia Kurma appeared first on Jelita.
0 comments :
Post a Comment