6 Penginapan Gaya Romantis untuk Berbulan Madu

Berbulan madu pasti menjadi detik penuh bermakna bagi pasangan yang baru berkahwin. Ditambah dengan penginapan di hotel mewah dan selesa ibarat satu bonus untuk mereka. Tidak dinafikan, di setiap pulau indah pasti mempunyai banyak resort cantik yang menjadi tarikan utamanya. Sama ada anda mahu suasana tenang dikelilingi pepohon menghijau atau berehat di pesisir pantai, semuanya ada di sini.

Four Seasons Resort Koh Samui

Hotel mewah ini amat sesuai untuk pasangan yang suka keindahan alam semula jadi. Dibina betul-betul di lereng bukit menjanjikan panorama indah bukit-bukau yang menghijau ditambah dengan pemandangan memukau lautan yang terbentang luas. Inilah syurga bagi mereka yang impikan keselesaan. Setiap satu vila dibina berjauhan dan lengkap dengan kolam renang peribadi bagi memberi ruang privasi kepada penghuninya.

13

W Retreat Koh Samui

Kemegahan W Hotel tidak dapat disangkal lagi. Terkenal dengan seni bina moden serta dilengkapi dengan pelbagai kemudahan masa kini cukup mengujakan setiap pengunjung. Inilah detinasi yang akan dituju bagi mereka yang gemarkan hiburan. Terletak betul-betul di pesisir pantai menjanjikan panorama indah matahari terbenam. Selain memanjakan diri di spa, menjamu selera dengan hidangan restoran yang lazat, pengunjung juga dapat melakukan pelbagai aktiviti pantai yang cukup menarik.

2 1

Kanda Residences

Resort mewah ini hanya mengambil masa 10 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Samui. Terletak di pesisir pantai Chaweng, inilah destinasi menarik yang perlu anda kunjungi jika mahu melihat suasana malam penduduk setempat. Resort ini hanya mempunyai 36 buah vila persendirian lengkap dengan kolam renang peribadi di dalamnya. Bukan sahaja sesuai sebagai destinasi percutian, Kanda Residence juga menjadi lokasi strategik bagi pasangan yang ingin melangsungkan perkahwinan di sini.

1 2

Pangkor Laut Resort

Tidak seperti kebanyakan resort lain, Pangkor Laut Resort dibina unik hingga ke permukaan air. Berkonsepkan rumah tradisional Melayu, setiap vila dibina berasingan bagi memberi ruang privasi kepada pengunjung. Selain melihat keindahan lautan terbentang luas, anda juga dapat menikmati panorama indah bukit bukau yang ada di sekelilingnya. Selain melihat matahari terbenang, anda juga dapat memanjakan diri di spa dan melakukan pelbagai aktiviti menarik.

1 2

The Taaras Beach & Spa Resort

Jika berkunjung ke pulau indah ini jangan ketinggalan untuk menginap di The Taaras Beach & Spa Resort dibina betul-betul di pesisir pantai yang membiru. Berkonsepkan seni bina Asia, yang cukup mewah dan selesa. Hotel ini mempunyai 191 buah bilik berekaan moden.  Bagi yang mahukan privasi, villa mewah yang dibina di lereng bukit pilihan terbaik untuk anda. Malah, anda juga disajikan pemandangan indah Pulau Redang dari puncak bukit ini.

1 2

Sipadan Kapalai Dive Resort

Bagi yang ingin merasai pengalaman bermalam di tengah lautan, inilah destinasi yang patut anda kunjungi. Resort terapung di atas air laut yang membiru memberikan satu panorama yang cukup mengkagumkan. Walaupun seni bina serta hiasan dalaman resort ini nampak sederhana namun, pemandangan indah di sekitarnya amat berharga. Pelbagai jenis karang serta hidupan laut menjadi hiasan indah resort ini. Bagi pasangan yang suka menyelam, inilah syurga anda.

1 2

*Dipetik daripada Jelita Julai 2015

The post 6 Penginapan Gaya Romantis untuk Berbulan Madu appeared first on Jelita.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment