Di Twitter viral sebuah video berdurasi 0:32 saat menunjukkan seorang lelaki didakwa sedang membuli kanak-kanak. Lelaki yang berpakaian hitam itu dilihat meludah muka serta menolak badan mangsa.
Pengguna Twitter, Nur Eva Natasya mendedahkan kes ini berlaku kepada adik kenalannya sendiri. Tambah menyakitkan hati, mangsa juga didakwa lebam di bahagian badan akibat dibuli.
Dah besar pun buli anak orang?
[HELP RT]
Hi,everyone! Saya nak minta tolong cari laki-laki tak guna ni. bukan main buli anak orang, sampai lebam lebam budak tu. bayangkan adik/anak korang kena macam ni, korang sakit hati ke tak? dah besar panjang dia but gini kat budak, memang tak berhati perut. pic.twitter.com/ARoUMzt4kv
— kohaku (@nurevanatasya) April 22, 2019
Dakwa gadis ini lagi, kejadian yang dipercayai berlaku di Kepong ini mengakibatkan mangsa lebam-lebam selepas diusik lelaki berbadan besar itu. Katanya ketika kejadian, mangsa sedang bermain di taman.
Di ruangan komen, ramai yang turut marah dan menyatakan rasa tidak puas hati melihat perbuatan melampau tersebut.
‘Benda paling tak suka tengok’
Sumber : Nur Eva Natasya
0 comments :
Post a Comment