[VIDEO] ‘B*doh, Anak Aku Kat Rumah’ – Bengang Di Double Park, Wanita Ini ‘Ajar’ Pemandu Biadap

Seorang wanita yang kelihatan dalam resah mahu cepat pulang ke rumah membuat keputusan untuk memberi pengajaran ‘berharga’ kepada pemilik kereta yang menghalang laluannya. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah pusat beli-belah di ibu kota.

Video tindakan beraninya viral di laman Twitter semalam dan mendapat ribuan perkongsian.

Orang ramai tepuk tangan atas tindakan berani

Wanita itu dirakam cuba mengundur kereta dipandunya namun terhalang dengan sebuah kereta lain yang diparkir betul-betul dibelakang keretanya. Dalam usaha untuk keluar, wanita berkenaan dilihat beberapa kali merempuh kereta dibelakangnya.

Siap tinggal ‘nota cinta’

Turut kelihatan di dalam video adalah nota yang ditinggalkan wanita terbabit iaitu, ‘You f*cking idiot, I have a child at home’ (Bodoh, aku ada anak kat rumah). Lucunya, pemilik kereta yang menghalang laluan itu ada meninggalkan kad dengan ayat ‘Call me at:’, namun ruangan nombor telefon terbiar kosong.

Side mirror pun jadi mangsa!

Sebelum berjaya sepenuhnya keluar dari tapak parkir, wanita dalam lingkungan 40-an itu sempat mengepakkan cermin sisi kereta dibelakangnya sebelum beredar. Tindakan itu disambut dengan tepukan orang awam yang berada di tempat kejadian.

Sumber: Chris Chew

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment