Siapa di sini peminat bakso? Kalau ke Indonesia, menu ini pastilah menjadi pilihan utama. Namun, di Malaysia sendiri sudah banyak yang menjual bakso. Apa yang beza cuma rasanya yang sedap atau tidak.
Apa kata kali ini korang cuba sendiri resepi bakso ayam ini yang dikongsi khas dari orang Indonesia sendiri. Nampak macam sedap. Jom cuba!
Bahan-bahannya
– 500 gram isi ayam(potong kecik-kecik lepastu blend ye)
-2 sudu bawang goreng
-3 ulas bawang putih
-1/2 sudu lada hitam/lada putih pun boleh
-1 biji telur
-Sedikit serbuk penaik
-Garam
-Serbuk cukup rasa
Blend bahan-bahan ni dengan isi ayam tadi ye..
Bentuk bulat-bulat isi ayam
Lepas blend bahan-bahan tadi tu, tambahkan 75gram tepung ubi 200gram tepung gandum. Taraaa..Jadi macam ni boleh bentuk bulat-bulat guna sudu lah. Sebelum Tu rebus air sampai mendidih dulu ye.
Tunggu naik macam kuih onde-onde
Lepas mendidih macam ni tutup api. Bentuk bulat-bulat lah adunan bakso tadi. Nanti dia Akan naik sendiri macam kuih onde-onde tu..
Pastikan api kecil
Lepas naik macam ni hidupkan lah api, kecik je ye jangan besar-besar api tu, takut bakso naik tapi tak masak sebab terlalu panas. Yang ni kuah bakso khas Indonesia resepi turun temurun takyah guna kakas sup tapi pekat sangat. Nanti Ada masa saya share.
Resepi Kuah
Dari perkongsian Siah Amad untuk resepi kuah bakso pekat macam kat Indonesia
-Bawang Merah
-Bawang Putih
-Lada Putih yang bijik-bijik
-Halia
-Buah Pala
-Buah Keras
Blend kesemuanya sampai halus lumat…(bawang merah pastikan banyak untuk pekatkan kuah)…tumis semua yang blend tadi. Lepas tu masukkan air rebusan tulang ke..daging ke..ayam ke…tapi kalau nak ummmpphh..air rebusan tulang..lagi sedap..itu sahaja.
Boleh makan dengan bihun atau dibakar, digoreng
Kalau dah masak macam ni..Masukkan dalam frozen pun boleh, goreng boleh, bakar pun boleh. Saya makan dengan bihun, potongan ayam, sos chili n kicap..
Selamat mencuba
Sumber : Eliyana IraWati
0 comments :
Post a Comment