Penduduk Jumpa Tulang Panjang & Serpihan Tulang Di Gua Berdekatan Acap Hilang

Kehilangan pelari denai Gopeng Ultra yang hilang masih diselubungi misteri. Pelbagai usaha oleh pasukan Bomba dan Penyelamat termasuk beberapa orang penduduk kampung, ahli keluarga dan juga ahli perubatan Islam telah mencurahkan segala tenaga bagi membantu misi pencarian Mohammad Ashraf Hassan atau lebih dikenali dengan panggilan Acap.

Terbaru, menerusi Harian Metro, penemuan serpihan tulang dipercayai tulang lama di dalam Gua Kandu, Gopeng telah dijumpai oleh penduduk kampung yang melakukan pencarian Acap kira-kira jam 1 tengah hari semalam.

Penemuan tulang sepanjang betis

Memang betul penduduk ada menemui satu tulang panjang seakan tulang betis dan lapan serpihan berukuran lebih kurang enam ke lapan inci (15 sentimeter ke 20 sentimeter) di dalam Gua Kandu, kesemua tulang itu sudah diambil untuk dianalisis.

Hanya tulang itu sahaja ditemui dan kita tidak menemui tengkorak atau rangka lain di lokasi itu, setakat ini kita belum boleh mengesahkan apa-apa.

Datuk Razarudin Husain selaku Ketua Polis Perak berkata serpihan tulang itu telah dibawa untuk ujian patologi kimia oleh pihak forensik untuk mendapatkan pengesahan selanjutnya.

Ujian DNA akan dilakukan

Dia turut berkata ujian asid deoksiribonukleik (DNA) akan dilakukan selepas ianya disahkan tulang manusia bagi memadankannya dengan Mohammad Ashraf dan ahli keluarga nya.

Selain itu, dia turut berkata bahawa penemuan tulang itu adalah tulang lama dan pihak forensik tidak menemui sebarang tulang lain di lokasi berkenaan.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment