Malas Masuk Kelas Memandu, Lelaki Ini Selamba Buat Sendiri Lesen Guna Tulisan

Isu wang dan dokumen rasmi palsu sering berlaku di mana-mana negara. Hampir kesemua kes pemalsuan didapati kelihatan tulen. Di bandar Liuzhou, China, seorang lelaki telah menghasilkan lesen palsu menggunakan kertas dan tulisan tangan. Wow dahsyatnya!

Menerusi laporan Oddity Central, lelaki yang dikenali sebagai Tang itu kelihatan tenang sewaktu pihak polis meminta lesen memandunya.

Dia terlalu tenang

Dia terlalu tenang semasa mengeluarkan lesennya. Kulit lesennya itu seperti yang sebenar, tetapi saya terkejut bila melihat di dalamnya.

Di dalam kulit lesen tersebut mengandungi sekeping kertas dari buku nota sekolah dengan butiran yang berkaitan serta gambarnya. Apabila disoal, dia menjelaskan bahawa dia terlalu malas untuk memasuki kelas memandu bagi mendapatkan lesen yang sah.

Tidak pernah lihat lesen sebegitu

Sudah bertahun-tahun saya menjadi polis, tetapi saya tak pernah lihat lesen memandu seperti ini. Sungguh melucukan.

Akibat insiden tersebut, motorsikal Tang dirampas dan dia diminta untuk membuat laporan di jabatan trafik.

Sumber: Oddity Central

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment