Makcik Bawang Mat Salleh Kecam Prank April Fool Isteri Hamil Justin Bieber

Bersempena April Fool, bintang pop, Justin Bieber telah membuat prank dengan memuat naik tiga keping gambar tentang kehamilan isterinya, Hailey di Instagram. Namun, tindakannya itu dikritik hebat oleh netizen kerana tidak menjaga sensitiviti kaum wanita terutama golongan ibu.

Gambar pertama

Instagram Photo

Menerusi gambar pertama, penyanyi tersebut memuat naik sekeping gambar sonogram tanpa sebarang kapsyen. Walaupun tidak mempunyai kapsyen, ramai peminatnya mula teruja malah ada sebilangan mereka juga menganggap tidak mungkin isterinya sedang hamil kerana saiz bayi dalam gambar berkenaan agak besar.

Gambar kedua

Instagram Photo

Kemudian dia memuat naik pula gambar yang memaparkan isterinya seolah-olah sedang menjalani pemeriksaan doktor. Ianya disertai kapsyen ‘jika anda ingat ini jenaka April Fool’.  Kapsyen tersebut seolah-olah bukti yang mengesahkan isterinya sudah hamil.

Gambar terakhir

Instagram Photo

Namun, keterujaan peminatnya mula terbantut apabila tidak sampai dua jam selepas posting gambar kedua, Bieber memuat naik satu lagi gambar sonogram yang memperlihatkan seekor anjing lalu menyatakan kapsyen April Fool.

Komen netizen

Rata-rata netizen meninggalkan komen tentang emosi seorang wanita ketika bertarung nyawa sewaktu proses kelahiran. Mereka menganggap prank yang dilakukan penyanyi tersebut tidak matang memandangkan ianya satu perkara sensitif bagi sesetengah wanita.

Sumber: Justin Bieber

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment