‘Makbulkanlah Doa Sang Suami’ – 5 Bulan Koma Akibat Komplikasi Ketika Bersalin, Sentuhan Pertama Ini Sebak

Selepas lima bulan koma akibat komplikasi ketika bersalin, ibu ini akhirnya sedar dan berjumpa dengan anak kesayangan. Wanita yang bersalin November tahun lalu ini terlantar beberapa bulan di Unit Rawatan Rapi ICU Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu.

Apa yang menyedihkan, ibu tidak henti menangis ketika anak sulungnya itu berada di pangkuan. Sebak!

Sentuhan pertama

02.04.2019 ( hari ke 138 )

SENTUHAN PERTAMA

Pertemuan antara ibu dan anak. Pilu campur gembira. Tak terkata. Air mata laju je keluar.
Moklaa angkat tangan untuk ambik anaknya. Tapi apakan daya. Dia tak mampu. Separuh saja terangkat. Tak sampai. Allahhhuuuuu.

Mokla menangis sekuat hati

Moklaaa. Kuatlah demi anak mu. Sentuhan pertama pipi ke pipi.
Moklaa menangis sekuat hati. Syahmi turut meratapi.

Semoga sentuhan itu dapat menerbitkan keajaiban dari Allah.
Sembuhkan lah moklaaa.

Air mata keluar ketika menatap wajah mereka

Bila hujan renyai-renyai. Tetiba hati ni teringatkan Moklaa.
Buka beg. Ambik fon Moklaa dan tengok galery dalam fon dia.

Air jernih mula keluar tatkala mata ini menatap senyuman diwajah mereka.

Makbulkanlah doa sang suami

Ya Allahh. Kau kembalikan lah senyuman ini untuk mereka berdua.
Kami merindui senyuman ini. Kembalikan lah kebahagian mereka.
Makbulkan la doa sang suami untuk menjaga anaknya bersama isteri.

Ya Allahh. Kau kuatkanlah mereka berdua dalam menempuhi UJiAN Mu ini.
Kau tabahkan lah hati sang suami dalam mengharungi hari-hari yang mendatang.

Semoga ada satu keajaiban yang akan berlaku untuk kamu berdua.

#prayForMoklaa

Sumber : Hasirah Nujiey

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment