Jangan Simpan Semua Duit Dalam Akaun Peribadi! Ini Cara Betul Simpan Duit Gaji Anda

Menyimpan duit di usia muda memang sangat digalakkan untuk menjamin masa depan. Namun, masih ade segelintir masyarakat yang tidak menitik berat soal ini, lebih-lebih lagi mereka yang baru mula bekerja. Yelah, first time dapat gaji katanya, mesti nafsu membuak-buak nak beli macam-macam. Betul tak?

Tak kurang juga tak tahu di mana nak simpan duit sebetulnya. Bawah bantal ke? Celah-celah baju dalam almari ke kan? Sebenarnya korang kenalah simpan di tempat selamat, tapi janganlah selamat untuk diambil. Mungkin ada yang masih belum jelas apa nak buat selepas dapat gaji. Ini caranya..

Menyimpan kena ada matlamat

Menurut Jom Urus Duit, kita seharusnya menetapkan matlamat atau objektif yang khusus apabila kita menyimpan. Berapa banyak jumlah simpanan yang mahu kita capai? Tempoh masa yang diperlukan untuk capai jumlah dikehendaki? Paling penting apa yang perlu dilakukan selepas matlamat tercapai?

Ketiga-tiga soalan di atas wajib dijawab jika kita hendak menyimpan. Dengan adanya matlamat yang jelas, kita boleh membuat kira-kira jumlah simpanan bulanan yang perlu diperuntukkan.

Kurang disiplin jika matlamat kurang jelas

Sebagai contoh, jika menyimpan dengan objektif untuk membina dana kecemasan sebanyak RM 15,000 dalam masa 2 tahun, jadi target simpanan bulanan seharusnya RM 625. Bagi yang ingin membina tabung pelaburan, sebagai contoh sebanyak RM 20,000 dalam masa 3 tahun, simpanan bulanan sebanyak RM 550 adalah mencukupi.

Duit yang disimpan selepas tempoh ditetapkan bolehlah dijadikan tabung pelaburan. Tak kiralah samaada anda mahu membayar deposit pembelian rumah yang akan disewakan, atau modal awal pelaburan aset kertas seperti unit amanah dan saham.

Jelas bukan kepentingan ada matlamat betul? Oleh itu, sebelum anda simpan duit, cuba set dulu matlamat betul, barulah ada disiplin dan tak bosan nak simpan. Silap haribulan, duit simpanan tadi dan menggunung. Tak gitu?

Nak letak duit kat mana?

Ini pula cara untuk betul anda boleh simpan duit. Ikuti perkongsian Md Afiq Md Rahim menerusi facebook miliknya :

Bismillah

– Kalau ada yang bertanya saya soalan ni, biasa saya akan tanya, bila nak guna duit tu. Dekat mana nak park duit kita bergantung matlamat kita. Jangka masa pendek, sederhana atau panjang.

Simpan di Tabung Haji atau ASB

JANGKA PENDEK (+- 1 TAHUN)

– Contohnya tabung persekolahan anak2, tabung hari raya, tabung cukai dan insurans kereta, tabung korban aidiladha dan sebagainya.

-Boleh nak letak di Tabung Haji atau ASB untuk sedikit keuntungan dividen, namun saya lebih suka jika kita buat tabung botol/sampul sahaja di rumah dengan label masing2. Kerana ia lebih praktikal. Jika anda letak semua dalam TH atau ASB, nanti jadi susah nak keep track each tabungan sebab semua dah bercampur-campur.

Hartanah dan unit amanah

JANGKA SEDERHANA (5 TAHUN DAN KEBAWAH)

– Contoh nak menyimpan untuk deposit beli rumah, untuk simpanan perkahwinan, untuk beli kereta secara tunai dan sebagainya.

-Untuk matlamat jangka sederhana ini, anda boleh letak di Tabung Haji, ASB, dana bon unit amanah. Tapi yang paling sedap secara peribadi saya akan katakan buat financing ASB. Sama ada nak roll modal atau compounding, dua2 memang sangat berkesan beri pulangan tertinggi untuk tempoh 5 tahun dan kebawah.

JANGKA PANJANG (5 TAHUN DAN KEATAS)

– Contoh menyimpan untuk tabungan persaraan, tabung pendidikan anak2, tabung menunaikan haji dan sebagainya bergantung target masing2.

-Ada 2 tempat terbaik bagi saya. Hartanah dan unit amanah. Kedua2 beri pulangan yang hebat untuk jangka masa panjang. Ikut selera masing2. Untuk hartanah, sila dapatkan ilmu dan bimbingan mereka yang lebih arif. Manakala unit amanah, boleh dapatkan perkhidmatan perunding unit amanah atau jika berkebolehan, boleh buat sendiri.

Kesimpulannya

-Apa-apa pun, yang penting anda menyimpan, biarpun pulangan tak sehebat instrumen lain, pada akhirnya anda akan senang hati jika duit ada. Masa tu tak kira dah pulangan anda berapa peratus, asalkan duit ada. Jadi masalah kalau yang langsung tak menyimpan. Hehe

Semoga bermanfaat !

Sumber : Md Afiq Md Rahim

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment