‘Hingga Terbit Mata Putih Sahaja Di Kelopak Matanya..Allah…’ – PU Amin Kongsi Pengalaman Teman Isteri Bersalin

Tahniah kami ucapkan kepada Pencetus Ummah Amin kerana telah dikurniakan cahaya mata yang ketiga. Melalui Instagramnya, PU Amin telah menyatakan bahawa isterinya telah selamat melahirkan bayi perempuan pada jam 5 pagi tadi. Dia juga berkongsikan situasi menemani isteri ketika sedang bertarung melahirkan anak.

‘Terbit mata putih dikelopak matanya..’

Instagram Photo

Menerusi perkongsian di Instagramnya, PU Amin telah meluahkan rasa syukur kerana isterinya sudah selamat melahirkan cahaya mata mereka yang ketiga pagi tadi. Melalui perkongsiannya itu, dia menyatakan bahawa menemani isterinya ketika bersalin adalah situasi yang ditakuti. Hal ini kerana, dia dapat melihat sendiri bagaimana isterinya itu bertarung nyawa melahirkan zuriat mereka.

Tambahnya lagi, saat-saat itu juga telah menimbulkan rasa insaf dalam dirinya betapa kuatnya insan bergelar wanita. PU Amin juga turut berpesan kepada lelaki di luar sana supaya sentiasa menghargai pengorbanan isteri dan jangan sesekali menyakiti mereka.

‘Menangis baca caption ustaz’

Sumber: PU Amin

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment