Cara Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala Secara Alami

Penggunaan bahan semula jadi untuk kecantikan sudah menjadi trend di kalangan wanita. Selain murah dan mudah untuk didapati, ia juga mengandungi khasiat yang cukup bermanfaat dan bebas daripada bahan kimia. Jelita kongsikan cara penjagaan rambut dan kulit kepala menggunakan bahan semula jadi.

Gambar: INGimage

Rambut hitam berkilat secara semula jadi menjadi dambaan semua wanita. Amalkan petua ini untuk rambut yang hitam berkilat

  • Sediakan segenggam kelapa parut
  • Basahkan rambut. Kemudian, sapukan kelapa parut tadi pada rambut sambil menggosok perlahan-lahan sebelum dibilas sehingga bersih.

Hadapi masalah rambut gugur? Petua untuk membantu menguatkan akar rambut sekali gus mengatasi rambut gugur.

  • Sediakan semangkuk kecil kacang hijau dan rendamkan semalaman
  • Tapis kacang hijau dan ambil airnya lalu sapukan pada rambut sambil mengurut perlahan. Lakukan selama lima minit dan biarkan hingga kering sebelum dibilas bersih.

Masalah kelemumur? Atasinya dengan petua ini.

  • Ambil 10 helai daun pandan. Bersihkan dan potong sehingga halus.
  • Kisarkannya dengan dua cawan air sehingga lumat.
  • Tapis dan sapukan airnya pada kepala anda. Gosok perlahan pada kulit kepala sebelum dibilas.

Artikel ini disiarkan dalam Majalah Jelita edisi Julai 2017.

The post Cara Penjagaan Rambut Dan Kulit Kepala Secara Alami appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment