‘Bukan Isu Sah Atau Tidak Cerai Isteri Hamil, Tapi..’ – Netizen Tarbiah Kenyataan Da’i Wan

Berikutan isu kontroversi rumah tangga Muhammad Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi atau lebih dikenali sebagai PU Abu yang didakwa telah menceraikan isterinya yang sedang hamil telah mendapat perhatian warga media sosial. Rata-rata daripada mereka meluahkan rasa marah dengan tindakannya seolah-olah zalim ceraikan isteri demi ingin bernikah dengan seorang janda.

Menerusi Twitter Da’i Wan, dia telah mengulas satu kenyataan bahawa menceraikan isteri yang sedang hamil adalah ‘harus’ dan sah di sisi agama Islam. Namun, kenyataan tersebut telah menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan netizen kerana bagi mereka ia tidak wajar menceraikan isteri yang sedang hamil malah usia perkahwinan baru sahaja 2 bulan.

Wajarkah cerai isteri hamil demi nak kahwin lain?

Seorang pengguna Twitter yang hanya dikenali sebagai X Guy telah meluahkan rasa sedih dengan ulasan daripada Da’i Wan berkenaan isu penceraian PU Abu. Baginya, isu utama bukanlah ingin tahu sama ada talak yang dilafazkan oleh PU Abu itu adalah sah atau tidak, tetapi wajarkah seorang suami menceraikan isteri yang sedang hamil semata-mata ingin bernikah dengan seorang janda.

Agama kita suruh jaga hati isteri

‘Allah suruh untuk berlaku adil & ihsan’

Sifat ihsan itu penting dalam rumah tangga

Sumber: X Guy

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment