Teks: Afiqah Adz Jamros (Pelatih USM)
Lima selebriti ini berjaya menemui bedak asas yang mampu memberi litupan sempurna sepanjang hari dan telah tiba masanya untuk anda juga mencuba bedak asas baharu dari Lancome, Teint Idole Ultra Wear!
Memetik kata-kata model Taylor Hill iaitu “Make-up is my power”, Lancome mengambil inspirasi daripada frasa tersebut dalam produk terbaharu mereka iaitu bedak asas cecair Teint Idole Ultra Wear. Dicipta khas untuk generasi selfie, bedak asas ini akan menjadi sahabat baik wanita dengan litupan sempurna dan memberikan kemasan velvety pada kulit wajah.
Teint Idole Ultra Wear yang diperbaharui dengan kemasan botol yang tampak lebih chic hadir dalam 25 tona sekali gus memberi penyelesaian buat wanita di luar sana yang masih mencari bedak asas yang sesuai kulit wajah.
Kini lebih mudah untuk anda mencipta solekan asas yang tampak semula jadi berseri dan velvety, yang paling penting ia tidak membuatkan solekan anda bercapuk.
Kehebatan lain Teint Idole Ultra Wear adalah ia mampu bertahan sehingga 24 jam, sekaligus ia memastikan anda terus yakin dalam melakukan apa jua aktiviti harian.
Teint Idole Ultra Wear menjanjikan kemasan yang tahan lama, sekata, litupan sempurna, tidak berminyak, serta teksturnya yang ringan akan membuatkan anda rasa selesa sepanjang hari.
The post Bedak Asas Paling Perfect Pilihan Lima Personaliti Teranggun Ini appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment