Pulang Balik Duit RM1520 Yang Disamun Sebab Kesian Mangsa Tak Ada Duit Lagi

Kes samun sering berlaku di kawasan bank ataupun di mesin trasaksi duit (atm). Kebiasaannya penyamun tidak berperikemanusiaan kerana ingin mengaut keuntungan dengan segera. Namun lain pulak yang terjadi di Heyuan, China apabila seorang penyamun memulangkan kembali duit mangsa yang disamun kerana terlihat jumlah baki akaun bank mangsa kosong. Kejadian ini berjaya dirakam kamera litar tertutup (cctv) di kawasan atm tersebut.

Menurut Nextshark, mangsa wanita bernama Li sewaktu mangsa berseorangan ketika mengeluarkan wang di mesin atm tersebut sebelum datang seorang lelaki bersenjatakan pisau merompaknya.

Baki akaun bank kosong

Menerusi klip video dari Blagag! menunjukkan semasa wanita tersebut mengeluarkan wang di mesin atm, datang seorang lelaki menyamunnya dengan memaksa mangsa menyerahkan kesemua wang miliknya berjumlah 2,500 Yuan (RM1,520). Namun suspek tersebut berubah hati apabila melihat baki akaun mangsa yang kosong. Dia berasa simpati terhadap mangsa dan memulangkan kembali wang mangsa.

Sempat senyum sebelum pergi

Suspek kelihatan tersenyum sebelum beransur dari tempat kejadian. Walaubagaimanapun, pihak berkuasa masih menahan suspek kerana cubaan melakukan samun bersenjata.

Sumber: Nextshark, Blagang!

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment