Gara-Gara Komen Di FB, ‘Cik Miera’ Dipanggil Ke Inkues Muhammad Adib

Prosiding inkues kematian Muhammad Adib, anggota bomba yang maut selepas cedera teruk ketika bertugas semasa rusuhan di sebuah kuil sedang berlangsung. Pemilik nama ‘Cik Miera’ yang dipercayai seorang jururawat di Institut Jantung Negara (IJN) sebelum ini mencetuskan kontroversi menerusi hantaran komen di Facebook.

Menerusi Harian Metro, wanita ini menjadi saksi ke-25 inkues berkenaan dan dipanggil tampil ke prosiding di Mahkamah Koroner. Komen Cik Miera di Facebook mendapat perhatian umum gara-gara menyatakan bahawa kecederaan Muhammad Adib adalah disebabkan keganasan bukan kemalangan.

Komen Cik Miera

Menerusi komen itu, Cik Miera menyatakan bahawa kecederaan yang di alami Muhammad Adib adalah disebabkan keganasan bukan kemalangan.

Terdahulu, saksi ke-24, Pakar Perubatan Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi memberitahu corak kecederaan pada anggota bomba itu adalah tidak berpadanan akibat dipukul. Kenyataan ini bagaimanapun menerima kecaman dan kata-kata cacian daripada netizen kerana dianggap berbohong.

Bagaimanapun, jururawat itu kemudiannya telah menarik balik kenyataannya selain turut memadamkan hantaran yang dibuat di Facebooknya selepas perkara tersebut menjadi viral di media-media sosial.

Kita semua mahu mencari kebenaran

Saya tak buat apa-apa balasan di FB kerana saya mohon kalau boleh, kita semua mahu mencari kebenaran. Jika sekiranya ada maklumat lain berhubung kematian atau kecederaan lain yang tidak dijumpai semasa pemeriksaan klinikal dan bedah siasat, saya mohon dipanggil ke mahkamah untuk sahkan maklumat itu.

Dr Ahmad Hafizan merupakan pakar yang berpengalaman lebih dari 20 kali memberi keterangan di mahkamah dan meliatkan lebih daripa 10 kes bunuh menegaskan bahawa kecederaan pada Muhammad Adib adalah tidak sepadan dengan dikasari secara fizikal atau keganasan.

Sumber: Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment