[VIDEO] Anak Sukar Bernafas, Pegawai Perubatan Kongsi Cara Kenal Pasti Serangan Asthma

Asma adalah sejenis penyakit jangka panjang atau kronik pada saluran pernafasan di mana berlaku penyempitan di saluran pernafasan. Ini akan menyebabkan anak mengalami kesukaran bernafas serta gejala lain seperti sakit dada dan batuk-batuk.

Di Facebook, seorang pegawai perubatan berkongsi cara mudah kenal pasti asma pada anak. Jangan ambil mudah dengan gejala ini, dapatkan terus rawatan jika alami tanda-tanda begini.

Penyempitan bronchus atau salur pernafasan

Ikuti perkongsian pegawai perubatan ini :

“Yang ada anak kecik, kalau nampak tanda begini, jangan lengah walau seminit pun. Sila terus pegi ke hospital. Minggu ni anak aku dua-dua bergilir kena serangan asthma.

Ini tanda-tanda bayi mengalami kesukaran bernafas. Dalam video ni, anak aku Hannah Khawlah sedang diserang asthma. Kadar pernafasan dia lebih kurang 65 kali seminit. Bagi bayi berumur 6 hingga 12 bulan, kadar pernafasan normal cuma 24 – 30 kali seminit.

Penyempitan bronchus atau salur pernafasan membuatkan paru-paru terpaksa berkerja keras untuk dapatkan oksigen yang cukup, dia terpaksa inhale dua kali ganda lebih laju dari biasa.”

Cara kenalpasti yang mudah

“Pertama, guna deria mata. Tengok mekanisme pernafasan bayi. Kalau dia dia terpaksa guna otot aksesori macam otot perut, otot tulang selangka dan lain-lain otot yang tak patut bergerak ketika bernafas seperti biasa, itu bermakna bayi kita sedang struggle untuk bernafas.

Kedua, rapatkan telinga kita dekat mulut dia. Dengar tak bungi macam wisel. Bunyi ni dipanggil wheezing. Dalam video ni bunyi wheezing jelas kedengaran. Terutamanya video kedua, bunyi wheezing Maryam sangat kuat.”

Boleh jadi biru

“Ketiga, lekapkan telinga ke bahagian dada atau belakang bayi. Bunyi yang sama dapat didengari jugak. Bunyi seperti wisel dalam paru-paru ni dipanggil ronchi.

Kes ini kes kecemasan dan mengancam nyawa. Kena pegi ke hospital atau klinik serta merta. Kalau ada inhaler, guna inhaler dulu. Jangan simpan, bayi ni kumpulan manusia yang fragile. Dalam sekelip mata sahaja dia boleh berubah jadi biru.”

Sumber : Muhsin Zaidi

 

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment