Apakah punca kencing berdarah?

kencing berdarah

Menurut Pakar Perunding Kanan Urologi, Jabatan Surgeri, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Datuk Prof. Dr. Zulkifli Md. Zainuddin, kencing berdarah berlaku kerana terdapat jangkitan kuman pada saluran kencing di mana lebih banyak terjadi pada golongan wanita tapi boleh juga berlaku pada golongan lelaki.

Namun, ia juga boleh berlaku kepada kaum lelaki. Jangkitan saluran kencing ini berlaku apabila mikro organisme seperti bakteria memasuki saluran kencing dan membiak, menyebabkan berlakunya keradangan pada saluran kencing dinamakan uretritis.

Kadang-kadang bakteria ini akan merebak ke organ-organ kencing lain seperti pundi kencing atau ureter, yang juga boleh menyebabkan jangkitan pada buah pinggang.

Selain itu, terdapat punca lain yang boleh menyebabkan kencing berdarah iaitu disebabkan:

  • Batu karang.
  • Inflamasi kelenjar prostat bagi kaum lelaki.
  • Luka atau trauma pada saluran kencing.
  • Penyakit berkaitan darah seperti Hemophilia.

kencing berdarah

Kencing berdarah tapi tak sakit sebabnya..

kencing berdarah

Sekiranya, anda mengalami kencing berdarah tetapi tidak berasa sakit, jangan anggap ianya tidak berbahaya ya! Ini kerana, rasa tidak sakit apabila membuang air kecil yang berdarah sebenarnya anda mungkin menghidap kanser pundi kencing dan kanser buah pinggang. Selain itu, terdapat punca lain seperti:

  • Penyakit IgA Neophropathy.
  • Senaman atau bersukan berlebihan. (apabila bersenam, aktiviti penapisan air kencing berlaku yang menyebabkan sel darah merah bercampur dengan air kencing)
  • Pemakanan (makan buah jering terlampau banyak boleh ganggu buah pinggang).
  • Makan buah naga atau berries dalam jumlah yang banyak (warna buahnya yang terlalu pekat akan dibuang melalui air kencing).

Cara rawatan kencing berdarah

kencing berdarah

Menurut, Dr. Zulkifli lagi, darah yang keluar bersama air kencing tidak boleh dianggap normal kerana ia merupakan tanda-tanda awal kanser buah pinggang, kanser pundi kencing atau kewujudan batu karang dalam buah pinggang.

Biasanya, pesakit yang mengalami kencing berdarah ini akan diperiksa dengan melalui ujian imbasan bunyi (ultrasound) ataupun ujian imbasan CT (sistokopi) iaitu memasukkan teropong ke dalam pundi kencing pesakit.

Jika terdapat batu karang di dalam buah pinggang dan bersaiz kurang 1.5 sentimeter, doktor akan melakukan rawatan tembak batu (ESWL), iaitu menembak batu karang tersebut dari luar dan tidak memerlukan pembedahan.

Buah pinggang boleh dibuang

kencing berdarah

Sekiranya, pesakit disahkan mengalami kanser buah pinggang, doktor akan membuang buah pinggangnya dengan kadar yang segera.

Bagaimanapun, jika saiznya melebihi 1.5 sentimeter, pembedahan dengan cara menebuk akan dilakukan bagi mengeluarkan batu karang. Pembedahan membuang buah pinggang perlu dilakukan jika pesakit disahkan mendapat kanser buah pinggang.

Jika kanser terdapat dalam pundi kencing dan masih berada di peringkat awal, pesakit akan menjalani pembedahan membuang kanser sahaja. Namun, jika kanser sudah sampai ke tahap memasuki pundi kencing, pembedahan membuang seluruh pundi kencing akan dilakukan dan selanjutnya pesakit perlu menjalani rawatan radioterapi.

Cara nak cegah kencing berdarah

kencing berdarah

Terdapat beberapa langkah untuk mencegah masalah kencing berdarah ini iaitu:

  • Mengamalkan pemakanan yang sihat.
  • Minum air putih secukupnya.
  • Kurangkan makan makanan laut.

Sumber: Dr. Lily Mushahar , Utusan Online