Kalau bahagian tubuh lain rapi saja jagaannya, jangan dilupakan kaki itu.
Kebiasaannya, penjagaan kaki sering dilupakan kerana anda menyangka ia boleh dilindungi di sebalik seluar ataupun skirt. Padahal, kaki digunakan sepanjang masa bila hendak bergerak ke sana ke mari melakukan rutin harian.
Untuk itu, berikan belaian dan rawatan yang ekstra pada sepasang kaki anda yang terdiri daripada kulit, paha, betis, tumit, buku lali dan kuku dengan mencuba tip cantik ini.
CABUT BULU – Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk membuang bulu pada kaki anda. Pilih rawatan yang anda rasa selesa untuk lakukannya seperti mengunjungi salon kecantikan untuk melakukan waxing. Selain itu, jika memilih untuk mencabutnya sendiri,pastikan pisau pencukur tajam dan bersih.
PUPUR ATAU SKRUB – Skrub kaki anda terutama pada bahagian tapak kaki. Ini untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan lapisan permukaan tumit. Anda disarankan untuk skrub tiga kali seminggu.
SAPUKAN PELEMBAP – Langkah ini sangat penting tetapi masih ramai yang mengabaikannya. Jika kulit kaki anda kering, menggelupas dan gatal-gatal, anda harus sapukan pelembap agar kulit menjadi lebih lembut dan halus.
PEDICURE – Jika anda mempunyai masa, kunjungi pusat penjagaan kuku dan tangan yang terpilih seperti The Nail Parlour sekurangnya sebulan sekali. Jika tidak, boleh lakukan remedi alami ini di rumah. Caranya cukup mudah. Letakkan air suam di dalam besen. Taburkan sedikit garam dan limau. Kaedah ini boleh membantu membuang sel kulit mati dan melegakan kulit kaki yang telah penat seharian.
SENAMAN KAKI – Kaki adalah bahagian yang paling mudah untuk munculnya selulit. Rajinkan diri dengan meluangkan masa untuk bersenam. Aktiviti seperti berenang dan berbasikal senaman yang sesuai untuk menguatkan otot kaki dan mengurangkan selulit.
KRIM SELULIT – Gunakan produk yang khusus untuk mengurang dan menghilangkan kesan selulit. Bukan itu sahaja, krim ini juga boleh menganjal dan mengetatkan lapisan kulit pada bahagian yang mempunyai selulit.
Cuba ini:
Clarins Energizing Emulsion For Tired Legs, RM139
Collistar Intensive Anti Cellulite Serum, RM187.70
Lihat juga: Cara elak tumit kaki merekah.
The post TENGOK KAKILAH… appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment