Buat mereka yang pernah menonton filem Pisau Cukur lakonan Fazura dan Maya Karin pastinya mengingati hampir keseluruhan filem terbabit bertempat di sebuah kapal. Pasti tidak sedikit yang mula berimpian untuk berlayar seperti Bella dan Intan dan merasai pengalaman serba eksklusif berlayar atas kapal mewah.
Siapa sangka dengan kos bawah RM1k pun, anda boleh menikmati pengalaman mengujakan ini termasuk singgah ke dua lokasi hot spot pelancong lagi. Ini sebab anda kena cuba percutian sebegini sekurangnya sekali seumur hidup.
Fasiliti bak hotel 5 bintang
Star Cruises Gemini menawarkan pengalaman percutian kapal layar yang unik dan rare untuk anda rasai. Dilengkapi dengan fasiliti seakan hotel mewah, kapal ini mempunyai kemudahan seperti lounge persembahan, gymnasium, pusat jagaan kanak-kanak dan bermacam lagi, memang cukup lengkap semuanya.
5 kali waktu makan percuma
Jangan risau soal makan di sini, pasti anda tidak akan kelaparan sekali pun kerana pihak cruise menyajikan 5 kali waktu makan untuk penumpangnya. Dari sarapan, makan tengah hari, minum petang, makan malam mahupun supper, semuanya percuma!
Restoran Mariners, Bella Vista dan Oceana adalah restoran yang selamat dikunjungi oleh penumpang Muslim kerana tidak menghidangkan menu berasaskan khinzir.
Lepak-lepak di dek
Tidak mahu bersesak-sesak atau menonton persembahan? Boleh juga bersantai dan chill-chill di dek sambil menikmati bayu membelai lembut pipi dan kedamaian suasana laut yang tenang bertemankan bunyi enjin kapal meredah ombak.
Untuk mereka yang mengamalkan gaya hidup aktif, turut disediakan laluan untuk berjogging kala awal pagi atau waktu petang.
Nikmati sunset di tengah samudera
Bagi mereka yang berbulan madu, waktu bersendirian bersama yang tersayang semestinya akan sentiasa dinantikan. Jika tidak mahu ke lur dek, bolehlah menyaksikan pemandangan matahari terbenam di tengah lautan dari dalam bilik berbalkoni.
Tips kami, bersedia kira-kira 10 minit dari waktu jangkaan matahari terbenam atau terbit kerana anda mungkin terlepas saat itu kerana beberapa faktor seperti awan.
Bilik yang selesa dan spacious
Star Cruises Gemini menawarkan beberapa jenis bilik berdasarkan harga dan keselesaan penumpangnya. Kami sarankan bilik berbalkoni untuk pengalaman percutian cruise paling diingati.
Bayangkan senja ditemani panorama matahari terbenam manakala malam pula bersaksikan hamparan bintang di angkasa, cukup-cukup mempesona dan tak mampu terbeli dengan wang Ringgit!
Persembahan sarkas, aksi akrobatik dan tarian
Setiap malam penumpang akan dipersembahkan dengan pelbagai persembahan berbeza. Antaranya adalah persembahan akrobatik, lip-sync dan silap mata.
Untuk mengelakkan kekecewaan, kami sarankan ke tempat persembahan 15 minit lebih awal kerana ada persembahan yang mendapat sambutan hangat sehingga full-house.
Promosi buy 1 free 1
Untuk waktu terhad, Star Cruises menawarkan promosi serendah RM999 seorang untuk pelayaran hari biasa manakala RM1079 untuk hujung minggu. Harga berkenaan bagaimanapun tidak termasuk yuran gratuity dan caj pelabuhan.
Cruise ini akan mengambil penumpang di Pelabuhan Klang dan kemudiannya berlayar dan singgah di Phuket, Thailand sebelum ke Pulau Pinang dalam pelayaran 3 malam itu.
Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, ikuti Grand Holidays Travel & Tours di Facebook bagi info lebih lengkap. Hubungi 03-7725 2822 atau boleh juga berkunjung ke pejabat di Grand Holidays Travel & Tour, No. 123M, SS 21/37, Damansara Utama, 47400, Petaling Jaya, Selangor untuk bercakap dengan khidmat pelanggan.
0 comments :
Post a Comment