Hujung bulan lalu, aktivitis masyarakat telah menyelamatkan dua beradik yang ditemui berkeliaran tanpa arah tuju di sekitar Melor, Kota Bharu. Dua beradik itu seakan tidak terurus dan sehelai sepinggang di saat mereka dijumpai.
Alia yang berumur 12 tahun dan Alif berumur 9 tahun, ditemui di hadapan rumah oleh individu yang kemudian menghubungi aktivis masyarakat, Faizah Qemerzaman untuk diberi perlindungan.
Tinggal di merata-rata tempat
Menerusi Harian Metro, Alia berkata, sebelum menumpang di rumah ibu saudara, mereka dibawa bapa tinggal di merata-rata tempat.
Katanya, selepas 12 hari menumpang di rumah ibu saudara di Melor, mereka dihalau keluar kerana bapa tidak bekerja selain menagih dadah.
Ibu sudah lama hilang, kami pun tak tahu di mana dia kini berada. Ayah pula tidak bekerja dan kami menumpang ibu saudara sebelum saya dan adik dihalau kerana ayah tidak mempunyai pekerjaan tetap dan menagih dadah.
Ayah tidak dapat berbuat apa-apa ketika kami dihalau dan kini sudah tiga minggu kami tinggal bersama umi (Faizah), kami seronok berada di sini.
Antara golongan yang dijaga
Alia dan Alif adalah antara 13 kanak-kanak dalam kalangan asnaf, anak yatim, terbiar serta diabai keluarga yang dijaga oleh Faizah di Villa Raudhah.
Faizah juga turut memberitahu, kesemua mereka menumpang di rumahnya sejak pertengahan Disember lalu selepas seorang demi seorang datang untuk mencari perlindungan atas sebab tertentu.
Ia bermula apabila seorang anak dari Kampung Pasir Pekan Hilir yang berusia 11 tahun datang ke rumah saya sehelai sepinggang dan meminta kebenaran untuk tinggal bersama di rumah ini.
Selepas mendengarkan alasannya yang juga anak yatim piatu itu, saya terus membenarkannya dan beberapa hari kemudian ia diikuti dengan lima beradiknya yang lain.
Sejak hari itu, tujuh lagi anak menyusul termasuk mereka berdua.
Saya bercadang untuk membina rumah perlindungan khas buat mereka di sebuah tapak yang diwakafkan tidak jauh dari rumah.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment