Saiz Matahari & Bulan Hampir Sama? – Doktor Selar ‘Ilmu’ Diajar Suhaimi Saad Kepada Anak-Anak

Baru-baru ini, bekas penyanyi nasyid Suhaimi Saad menerusi laman Facebook menegaskan dia dan isteri tidak menghantar anak-anak ke sekolah sebaliknya hanya menggunakan teknik home schooling.

Tambahnya lagi, dia mempunyai sebab tersendiri mengapa teknik home schooling diambil. Namun, melihat kepada cara didikannya, Dr Rusyainie Ramli tidak bersetuju dan menyelar tindakan penyanyi nasyid tersebut.

Saiz matahari & bulan sama besar?

Saya sedih melihat anak-anak ini. Mereka dilahirkan tanpa mampu memilih siapa mak ayah mereka. Malang sekali mereka mendapat ayah yang sebegini.

Saya masih husnuzon ketika dia mengatakan yang anak-anak dia tak bersekolah. Dia mengajar di rumah. Mungkin dia menceduk segala silibus KPM supaya dia mempunyai garis panduan apa yang anak-anak dia mesti pelajari dan fahami. Atau mungkin dia menggunakan silibus dari Singapura atau Australia atau mana-mana negara maju kalau dia berpendapat silibus negara kita tak cukup gah dan hebat untuk anak-anaknya.

Sungguh sesat ilmunya – Dr Rusyainie

Tapi kalaulah begini ajaran sains dia, 4 orang anak-anak yang naif ni bakal menjadi manusia yang ilmunya terpesong. Mana mungkin matahari dan bulan tu sama besar bila sains membuktikan ia sebaliknya.

Hanya kerana dia nampak matahari dari pandangan kasar tu sama besar dengan bulan, maka dia membuat kesimpulan begitu. Ya Allah sungguh tersesat ilmunya! Dia menterjemahkan ilmu sains secara harfiah dan literal! Ni kerja gila!

Dia ni ternyata sudah hilang waras

Nilah akibatnya kalau mengasingkan Islam dan sains. Sedangkan keduanya seiring. Nak terjemahkan ayat dalam Al Quran bukan boleh main ikut suka saja. Saya memang bergantung pada ilmuwan and ulama Islam untuk membentangkan hujah mereka tentang sesuatu isu.

Bukan sebab saya ni ada kelulusan sebagai doktor, saya terus merasakan yang diri saya ni serba tahu. Sedangkan nak masak pun ada pengkhususan kulinari, ni kan pula bab agama. Dia ni ternyata sudah hilang waras.

Adakah kerana kita tak nampak virus bakteria dan kulat secara pandangan kasar, maka dia nak mengatakan bahawa semua makhluk tu tak wujud? Kerana itulah dia tak vaksinkan anak-anak dia? Silap hari bulan dia tak mengajar pun anak-anak untuk membasuh tangan sebelum makan semua sebab tak nampak kan kuman-kuman yang ada.

Saya pun tak terfikir nak sekolahkan anak sendiri

Doktrin songsang yang diasuh dan dididik ke dalam pemikiran anak-anak ni menjadi kegelisahan dan kegusaran saya. Malang sungguh anak-anak ini. Ini baru bab sains, belum bercerita bab sejarah, geografi, linguistik dan sebagainya.

Saya yang bekerja sebagai doktor dan suami yang berkelulusan dari universiti antara terbaik di dunia pun tak pernah terfikir untuk menyekolahkan sendiri anak-anak. Bagaimana nak pastikan anak-anak saya cukup lengkap persediaan menuju ke universiti, tu yang menjadi isunya. Mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda paling kurang pun, tu harapan kami pada anak-anak.

Ini bukan benda main-main dan eksperimen

Kehidupan mereka di masa hadapan bergantung pada pendidikan formal yang mereka terima dari kecil. Ni bukan benda main-main dan eksperimen. Saudara mara saya yang graduan Oxford dan Cambridge pun, anak-anak mereka ke sekolah. Kita tak mungkin pandai bijak dan cerdik semua bidang.

Wahai anak-anak pada dia ni, saya sebagai seorang mama, tak boleh bayangkan bagaimana kain putih yang dicorakkan oleh ayah yang punya keegoan melangit begini. Kononnya dia profesor serba tahu. Ya Allah, tolonglah kurniakan hidayah pada ayah ini demi kelangsungan ilmu yang di landasan yang benar untuk anak-anak yang tak berdosa ni.

Sumber : Rusyainie Ramli

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment