‘Rumah Uzur, Tak Selamat Didiami’ – Tragedi Anak Maut Tertusuk Pisau Dedah Kemiskinan Keluarga

Berat mata memandang berat lagi penderitaan yang terpaksa dilalui keluarga kanak-kanak maut akibat tertusuk pisau. Kejadian menyayat hati yang berlaku di rumah keluarganya itu mendedahkan mereka hidup dibelenggu kemiskinan.

Artikel berkaitan : ‘Jangan Cabut Pisau’ – Ahli Perubatan Kongsi Rawatan Awal Jika Tertusuk Objek Tajam, Elak Risiko Kematian

Menurut laporan Berita Harian, keadaan rumah didiami mangsa, Nur Qaisara Medina Supian, bersama tujuh beradik termasuk neneknya amat uzur dan tidak selamat didiami.

Rumah uzur, tak selamat didiami

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan negeri, Abdul Yunus Jamhari bersama Ahli Majlis Daerah Kerian ketika hadir menziarah keluarga arwah tersentuh melihat keadaan rumah yang uzur dan usang.

Saya amat simpati dengan kejadian yang menimpa anak keempat keluarga itu.

Selepas kunjungan tadi, saya amat terkejut melihat keadaan rumah mereka yang uzur dan tidak selamat diduduki.

Keluarga ini layak dibantu dan saya sendiri akan usahakan bantuan sewajarnya.

Akan usahakan bantuan

Selain menyampaikan bantuan awal sumbangan kerajaan negeri, Abdul Yunus berkata akan membincangkan berkenaan rumah di Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Tanjung Piandang untuk membolehkan keluarga ini mendiaminya.

Jika pihak keluarga masih mahu tinggal di sini, kita akan usahakan bantuan yang wajar seperti baik pulih lantai, dinding dan bumbung usang yang membahayakan keluarga ini.

Dalam masa sama, saya akan memastikan pihak berkaitan mengambil perhatian membantu keluarga ini dari pelbagai sudut.

Sedih dengan kejadian yang menimpa anak, bapa, Supian Samsuri ketika ditemui sebak namun redha dan menganggap kejadian adalah ketentuan Allah.

Sumber : Berita Harian

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment