Pesanan Ringkas Buat Emma Maembong

Susulan isu pelakon Emma Maembong bertindak dan mengesahkan dirinya tidak berhijab lagi mendapat reaksi dari pelbagai pihak. Pelakon itu bagaimanapun telah tampil memohon maaf dan mengakui tindakannya itu tidak seharusnya menjadi ikutan.

Namun, Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman, pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz, pengarah drama Nur Shahrul Ezad dan pelakon Kamal Adli masing-masing memberi respon terhadap tindakan Emma Maembong itu.

Kita perlu bimbing dia

Menurut laporan Metro, pendakwah terkenal Datuk Hassan Mahmud al-Hafiz diminta mengulas dan memberi pandangan mengenai pelakon Emma Maembong yang kembali membuka tudung itu sehingga menjadi bualan hangat netizen.

Dalam melakukan kebaikan biasalah seseorang itu tersasar. Jadi, dakwah kita kepadanya adalah dengan memberi sokongan dan bimbingan supaya dia kembali ke jalan yang benar.

Tindakannya yang sebelum ini tidak bertudung kepada bertudung adalah satu permulaan baik. Ini tanda dia punya kesedaran. Kadang-kala tersasar itu perkara biasa kita perlu bimbing dia, lagi pula dia bukanlah daripada aliran agama.

Tambahan pula, pendakwah terkenal ini menyuruh agar kita semua bersangka baik terhadap Emma Maembong. Dia turut menasihati pelakon wanita itu supaya bertaubat.

Jika kita bertemu dengannya, jangan marah atau mempersoalkan tindakannya membuka tudung sebaliknya, katakanlah Allah sayang kepada orang yang tutup aurat.

Kita buat sesuatu bukan kerana orang

Mufti Pahang berpendapat semua manusia perlu menyedari bahawa setiap perkara dilakukan adalah bagi memperolehi reda Allah termasuklah aspek berpakaian. Datuk Seri Dr Abdul Rahman menasihati semua peminat agar tidak mencontohi keburukan artis sebaliknya menjadikan Rasulullah dan sahabat sebagai ikutan.

Kena faham kita buat sesuatu bukan kerana orang sebaliknya adalah patuh kepada perintah Allah. Ini nasihat saya buat semua. Kadang-kala mereka tidak tahu berpakaian pun dapat pahala, ini yang kena belajar supaya semua perbuatan seharian tidak sia-sia. Allah sukakan hambanya yang istiqamah dalam melakukan kebaikan walaupun kecil.

Dalam konteks selebriti, jika kebaikan kita diikuti Allah akan anugerahkan kita ganjaran pahala. Sebaliknya, jika keburukan menjadi ikutan peminat, kita turut mendapat dosa.

Sukat iman kita dulu sebelum sibuk nak sukat iman orang

Bagaimanapun, pengarah drama Nur, Shahrul Ezad juga memberi pendapat peribadinya menerusi laman Instagram. Dia menyeru agar netizen berhenti melemparkan kata-kata negatif kepada pelakon itu sebaliknya memberi kata semnagat untuk dia terus kuat sekali gus kembali ke pangkal jalan.

Semua orang ada personal struggle memasing. Macam dia cakap tindakan/keputusannya itu bukan satu contoh yang baik. Dia sendiri dah mengaku. Jadi berpada-padalah kita dalam memberikan pendapat. Sukat iman kita dulu sebelum kita sibuk nak sukat iman orang lain. Tapi berani tak nak sukat iman sendiri? Nervous kan? So apa kata kita doa kan saja yang baik baik untuk kita semua yang tengah struggle ni. Emma ada personal battle dia. Kita pun ada. Kalau kita tak nak orang luar judge kita atas alasan orang luar tak faham struggle kita so jangan mudah sangat judge life orang lain tanpa kita faham betul betul apa struggle dia. Again. Just doa yang baik baik saja. Apa pun abam doakan semoga adik Emma terus dikurniakan hidayah dan kekuatan dalam menempuh pancaroba hidup yang mendatang. Semoga bertabah dalam berdepan dengan kecaman, cemuhan dan kata kata nista netizen yang sudah pasti akan bertebaran.

Hati dan iman kita ni semuanya dalam genggaman Allah. Dia bisa menetapkan iman dan hati kita. Dia juga bisa membolak balikkannya. Apa apa pun cabaran dan dugaan sama ada pasang atau surut iman kita. Just keep your faith Emma. Jangan tinggal solat sama ada Emma bertudung atau tidak. InsyaAllah solat kita itu mampu menarik balik kita ke landasan yang sebenarnya. Sebagai orang luar yang tak berapa faham akan struggle Emma abam cuma mampu doakan pengakhiran yang baik untuk Emma dan semua dari kita. Aminnn. InsyaAllah.

Apa yang berlaku adalah ujian untuk Emma

Bekas kekasih Emma Maembong yang juga seorang pelakon iaitu Kamal Adli juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan dan buka mulut mengenai tindakan pelakon wanita itu membuka tudung.Dia juga berharap supaya netizen tidak keterlaluan mengecam Emma Maembong.

Saya tak nak komen apa-apa. Kita doakan yang baik-baik untuk dia. Saya anggap apa yang berlaku adalah ujian untuk Emma.

Sumber: Metro, Shahrul Ezad

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment