Musim cinta ini, Jelita kongsikan persalinan sedondon untuk anda dan si dia pada Hari Kekasih! Fesyen ini sesuai digayakan semasa makan malam romantis bersama orang tersayang agar tampak lebih mesra dan serasi. Merah menjadi pilihan warna sebagai lambang cinta bagi dua merpati sejoli. Terutamanya pada bulan cinta ini!
Merah menyala curi perhatian si dia! Gaya feminin untuk anda tampil lebih menarik pada hari istimewa bersama si dia. Persalinan ini lengkap dengan aksesori yang mengerlip. Sepatu rata juga sesuai digayakan dengan dress tersebut.
Untuk Si Dia
Sesekali si dia kelihatan garang dengan persalinan merah. Persalinan merah dipadankan dengan aksesori senada berwarna coklat. Kasut Oxford juga sesuai dipadankan untuk gaya santai.
Lihat juga: Himpunan Koleksi Aksesori Untuk Hari Kekasih
Foto utama daripada H&M.
The post Persalinan sedondon pada Hari Kekasih appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment