‘Orang Lain Buat Hal, Orang Lain Pula Dapat Busuk’ – Pengurus Alif Satar

Walaupun sekadar bergurau dengan melibatkan penyanyi Alif Satar dengan isu kontroversi Aliff Aziz, hal ini tidak nampak lucu dimata isteri Alif, Shadila Halid. Menurutnya, nampak seolah-olah bodoh apabila isu ini dibangkitkan kali kedua.

Terbaru menerusi Harian Metro, pengurus penyanyi itu luah rasa kecewa. Pihaknya menerima banyak panggilan dari client berhubung isu ini. Alif Satar minta agar peminat lebih peka dan faham keadaan.

Nama Alif pula yang busuk

Pengurus, Alif Satar iaitu Adlina Abu Bakar berang apabila terdapat segelintir netizen yang mengaitkan penyanyi itu dengan kontroversi melanda penyanyi dan pelakon Aliff Aziz hari ini. Komen

Orang lain buat hal, orang lain pula dapat busuk.

Menurutnya, ia bukan kali pertama terjadi kepada Alif kerana sebelum ini penyanyi dan pengacara itu juga pernah menanggung malu atas masalah sama yang ditimbulkan Aliff Aziz. Malah ada yang keliru hingga ‘menyerang’ ruangan komen Instagram tanpa usul periksa.

Kenapa masih keliru?

Setiap kali isu sama dibangkitkan, pihaknya akan dihujani pertanyaan daripada klien. Pengurusnya meminta agar Alif Satar tidak diganggu lagi.

Setiap kali Aliff Aziz buat hal, mesti nama Alif Satar yang naik. Netizen pula tanpa usul periksa pergi komen dan serang di Instagram. Kedua-dua mereka banyak perbezaan. Kenapa masih ramai keliru? Macam kes hari ini, sekali lagi Alif kena.

Sedangkan dia sedang bekerja di Brisbane, Australia yang turut disertai isterinya, Sha Dila. Tolong jangan ganggu dia. Cukuplah dua tahun lalu Alif memberi kenyataan bagi menjelaskan kekeliruan netizen dan peminat. Takkan dia kena buat perkara sama lagi?

Mohon lebih peka

Sementara itu, Alif yang dihubungi dengan ringkas berkata, dia mahu peminat jangan cepat membuat andaian sendiri.

Saya tidak mahu perkara ini menjejaskan nama dan reputasi Alif terutama dalam kalangan klien yang bekerjasama dengannya. Jenuh nak menjawab satu persatu. Apa pun, saya berharap semua pihak jelas mengenai perkara ini. Alif Satar kini berada di luar negara bersama isteri tercinta. Kedua-dua Alif ini juga berbeza.

Saya ingat sudah tidak ada perkara ini, nampaknya ia berulang lagi. Kekeliruan yang timbul memang kelakar. Saya harap netizen lebih peka dan tidak mengeluarkan kata-kata keterlaluan di Instagram saya.

Sumber : Harian Metro

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment