Nikmat Menjamah Hidangan di Udara

Plane In The City menjadi salah satu tarikan terkini di Kuala Lumpur dengan menyaksikan binaan kapal terbang lama diguna sebagai lokasi menjamu selera bertaraf hotel lima bintang. Tersenarai dalam Malaysia Book of Records sebagai Restoran Kapal Terbang Pertama di Malaysia, anda boleh menikmati pengalaman berada dalam pesawat Boeing 737 sebenar sambil menjamu selera dan berjalan sekitarnya tanpa sebarang halangan. Apa yang lebih menarik, anda turut berpeluang untuk berjalan pada sayap pesawat dan dapat memasuki cockpit serta mengabadikan kenangan dengan bergambar di situ.

Suasana Dalam Pesawat

 

Setiap sesi hanya menempatkan 20 orang dan anda akan disajikan dengan tiga ke empat jenis hidangan. Anda boleh memilih kelas ekonomi, kelas bisnes mahupun kelas pertama untuk tawaran menu berbeza mengikut cita rasa serta bajet anda. Semua juadah disediakan oleh Le Meridien Kuala Lumpur yang menjanjikan menu mewah sentuhan chef berpengalaman. Antara menu yang boleh anda nantikan adalah Slow Cooked BBQ Beef Rib, Roasted Spring Chicken Stuffed with Foie Gras Brioche, Mushroom Crusted Lamb Loin, Slow Cooked Australian Beef, Warm Smoked Pepper Crust Duck Breast dan Matcha Tiramisu. Terdapat juga pilihan untuk anda yang hanya makan sayuran. Anda boleh menempah tempat duduk untuk Plane In The City yang dibawakan oleh TwoSpicy Entertainment Live di www.planeinthecity.com.

Harga: RM199 (kelas ekonomi), RM399 (kelas bisnes) dan RM999 (kelas pertama) untuk seorang.
Lokasi: No 231, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

Santapan di Udara

Dinner In The Sky yang juga dibawakan oleh TwoSpicy Entertainment Live pastinya tidak asing lagi bagi anda. Mereka menawarkan pengalaman makan pada aras tinggi yang menyaksikan penggunaan kren untuk mengangkat meja makan pada ketinggian 150 kaki ke udara. Anda pastinya teruja dapat melihat pemandangan memukau sekitar Kuala Lumpur, sambil menikmati juadah yang disediakan oleh Teaffani, perkhidmatan katering premium terbaik di Kuala Lumpur. Anda bakal disajikan dengan tiga jenis juadah menyelerakan yang terdiri daripada hidangan pembuka selera, utama dan pemanis mulut. Antara yang boleh diharapkan adalah Grilled Striploin, Baked Herbs Crusted Butterfish dan Peri-peri Black Chicken Thigh. Terdapat juga pilihan untuk anda yang hanya makan sayuran.

Usah khuatir, untuk dibawa ke atas menggunakan kren, anda akan dilengkapkan dengan ciri keselamatan terbaik. Setelah duduk pada kerusi, anda perlu memakai tali pinggang keselamatan, sementara krew yang berdiri dipakaikan dengan harness sepanjang masa. Setelah semuanya bersedia, barulah anda akan dinaikkan ke atas. Konsep ini telah diluluskan oleh TUV SUD, organisasi Jerman yang mengesahkan keselamatan semua jenis produk untuk melindungi manusia dan alam sekitar daripada bahaya. Di Malaysia, Dinner In The Sky dikawal selia oleh Jabatan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan Malaysia.

Harga: RM229 (RM249 pada hujung minggu) untuk seorang.
Lokasi: No 231, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.

The post Nikmat Menjamah Hidangan di Udara appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment