Melancong Ke Angkasa Bakal Jadi Kenyataan, ‘Tambang’ Serendah RM800,000 Seorang

Mungkin ada di antara korang semua yang teringin untuk bercuti dan menikmati pemandangan yang indah di angkasa. Ada yang berfikir ianya satu yang mustahil, tetapi jika ianya menjadi satu realiti. Adakah anda ingin mencuba untuk melancong ke angkasa?

Menurut Dailystar, syarikat NPO Aviation and Space Technology dari Russia sedang berusaha membangunkan sebuah kapal angkasa yang mampu untuk berlepas di lapangan terbang biasa untuk dijadikan satu tarikan pelancongan ke angkasa lepas. Jadi lepas ni, boleh la rancang percutian anda ke angkasa.

Kos dari RM800k ke RM123M

Pelancong yang berminat untuk menikmati percutian di angkasa lepas boleh membuat tempahan dari serendah RM800,000 ke RM1.23 juta kata ketua pereka NPO, Aleksandr Begak. ‘Selena Space Yatch‘ merupakan sebuah kapal angkasa pertama yang masih dalam fasa pembinaan.

6 penumpang dalam satu kapal angkasa

Kami mempunyai peluang untuk mendarat di mana-mana landasan kerana kapal angkasa ini mampu mendarat seperti kapal terbang biasa.

Kami sedang mengira masa yang sesuai untuk melancong ke angkasa dan keselesaan kapal angkasa, katanya.

Menurut beliau lagi, kapal angkasa tersebut mampu membawa 6 orang penumpang dalam satu masa dan mengililingi orbit dengan kelajuan sekitar 2685 batu sejam serta mencecah altitud 75 hingga 87 batu.

Perebutan mencari pelancong pertama

Sementara itu, perlumbaan mencari pelancong pertama ke angkasa sedang menjadi hangat. Minggu lalu, syarikat Virgin Galactic menyatakan bahawa kapal angkasa mereka telah memasuki fasa uji kaji. Selain menguji ketinggian altitud, syarikat tersebut juga membuat ujian penyebaran berat dalam kapal angkasa bagi persediaan penumpang di masa akan datang.

Sumber: Dailystar

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment