Letusan Pedas Ayam Goreng Istimewa

Sempena Tahun Baru Cina ini, 4Fingers membawakan hidangan istimewa dalam tempoh masa terhad untuk semua penggemar ayam goreng mereka. Anda boleh merasai keenakan gabungan rempah yang memberi kepuasan tidak terhingga.

Diberi nama firecracker, ayamnya menerima ramuan rempah-ratus segar, termasuk jintan putih dan Szechuan peppercorn – disediakan istimewa berkolaborasi bersama Chef Selebriti Singapura, Bjorn Shen yang memiliki pengalaman kulinari selama lebih 14 tahun. Bjorn kini menjadi tukang masak dan pemilik Artichoke, sebuah restoran Singapura yang diilhamkan dari Timur Tengah. Pada 2016, dia telah dinobatkan sebagai ‘Best 20 Chefs‘ di Singapura oleh World Gourmet Summit dan juga finalis untuk ‘Chef of the Year’ pada 2018.

Seperti namanya, ayam ini kaya dengan rasa pedas beraroma, namun masih boleh dinikmati ramai. Anda boleh dapatkan hidangan ayam firecracker 4Fingers bermula daripada RM15 untuk menu a la carte dan RM19.70 untuk set hidangan. Anda diberi pilihan untuk dapatkan hanya ayam firecracker dalam satu set hidangan, tetapi jika anda kurang yakin dengan kemampuan anda untuk menahan pedas, boleh saja gabungkan dua perisa ayam dalam satu set hidangan termasuk Soy Garlic dan Hot Sauce.

The post Letusan Pedas Ayam Goreng Istimewa appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment