Menurut laporan daripada BBC News, Karl menghembuskan nafas terakhirnya pada Selasa pagi selepas dimasukkan ke hospital di Paris pada malam sebelumnya. Dia berusia 85 tahun. Selain menjadi Pengarah Kreatif untuk dua jenama terbesar dalam industri fesyen, Karl Lagerfeld turut mengeluarkan jenamanya sendiri. Dia terkenal dengan penampilan signaturnya iaitu rambut putih yang diikat satu di belakang dengan cermin mata hitamnya.
Sebagai penghormatan terakhir pada ikon fesyen ini, Jelita kongsikan beberapa fakta menarik mengenai Karl Lagerfeld.
Usia Sebenarnya Dirahsiakan
Antara misteri terbesar yang sentiasa menyelubungi Karl Lagerfeld adalah usia sebenarnya. Menurut artikel yang diterbitkan oleh Marie Claire, misteri mengenai usia sebenar Karl telah dipertikaikan oleh beberapa sumber. Lagerfeld pernah mendakwa dia dilahirkan pada tahun 1935 manakala sumber Internet menegaskan bahawa dia sebenarnya dilahirkan pada 10 September 1933. Lagi mengelirukan apabila wakil Lagerfeld memberitahu The Telegraph pada tahun 2013 bahawa pereka fesyen itu sebenarnya dilahirkan pada tahun 1938.
The post Legasi Karl Lagerfeld appeared first on Her Inspirasi.
0 comments :
Post a Comment