Teks : Julia Azman
Cinta adalah formasi luahan isi hati sehingga ia bersemi menjadi satu. Sempena meraikan kedatangan Hari Kekasih, Swarovski memperkenalkan koleksi terbaru, #FollowYourHeart .
[caption id="attachment_122830" align="aligncenter" width="640"] Gambar : Swarovski[/caption]
Cinta itu hadir dalam pelbagai cara dengan cukup indah.Sempena meraikan hari Kekasih, Swarovski tampil dengan sebuah koleksi penuh dengan rasa cinta melalui koleksi #FollowYourHeart. Ilham aksesori serba versatil dan penuh berkilau ini membawa anda kembara cinta melalui layaran ke beberapa negara demi melafaz cinta anda. Inspirasi kembara cinta mengelilingi kepulauan Capri, Formentera, Portofino dan Stromboli diinterprestasi kemas untuk koleksi #FollowYourHeart.
Potongan setiap koleksi lambang utuhnya sebuah pencintaan penuh klasik, moden malah pilihan rona seperti soft nude dan merah jambu memberi ilham kepada sensualnya sesuatu hubungan. Untuk koleksi #FollowYourHeart antara yang menjadi highlight utama untuk trend romantis adalah seperti Lifelong, One dan Crystalline Glam.
Koleksi Lifelong Bow membawa kepada simbolik cinta kekal abadi. Rekaan playful dan moden sesuai digayakan bersama persalinan feminin anda. Sentuhan sleek bersama imaginasi seperti lipatan riben dalam duo fungsi hadir dalam warna metalik menyerlahkan lagi gaya elegan moden.
Koleksi One pula tertumpu kepada isi hati anda. Rekaan unik seperti cincin stackable, rantai mudah laras dan coker adalah elemen utama tanda meraikan cinta anda. Hadir dengan rekaan terbaru serta piliha warna millennium pink cukup membawa nilai sentimental malah ia juga lebih bersinar bersama Swarovski Remix.
Koleksi Crystalline Glam pula adalah nadi masa anda! Jam tangan penuh bersinar ini hadir dengan 800 butir batu Swarovski, mampu mengubah mood anda lebih yakin dan kelihatan menawan. Untuk gaya lebih elegan lilit bersama gelang berbentuk hati untuk elemen lebih menarik.
The post Kembara Cinta Bersama Swarovski appeared first on EH!.
0 comments :
Post a Comment