47 rakyat Malaysia yang ditahan hampir dua bulan lalu telah dibebaskan daripada Penjara Provinsi Banteay Meanchey, Kemboja. Rata-rata mereka ditahan atas pertuduhan menipu, membuka dan menjalankan aktiviti perjudian dalam talian secara haram.
Seorang daripada tahanan itu, Muhammad Daud Sharuddin, 23 tahun telah berkongsikan pengalaman bagaimana dirinya mula terjebak dalam sindiket ejen penipuan pekerjaan.
Ditawarkan gaji lumayan
Menurut laporan Harian Metro yang menebual Muhammad Daud sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), pada mulanya dia menerima tawaran kerja melalui aplikasi WeChat sebagai pelayan hotel dengan gaji lumayan bernilai AS$1,200 (rm4,902) sebulan.
Termakan dengan ganjaran lumayan tersebut, dia telah mengambil keputusan untuk menerima tawaran berkenaan. Menurutnya, dia diminta membayar sejumlah wang terlebih dahulu sebelum berangkat ke Kemboja.
Sebelum ke sana, saya diminta untuk membayar sejumlah wang iaitu sebanyak AS$300 dan pada Oktober tahun lalu kami tiba di Kemboja. Sebaik tiba kami di bawa ke sebuah rumah tetapi tidak diberitahu lokasi sebenar.
Kami dikurung..
Sebaik tiba di kemboja, dia dan mangsa yang lain diminta untuk menyerahkan pasport dan telefon bimbit dan tidak boleh keluar dari sebuah rumah.
Pada hari pertama tiba di sana, mereka meminta kami menyerahkan pasport dan telefon bimbit selain tidak boleh keluar dari rumah yang kami duduk. Ketika itu, kami sudah rasa curiga, tetapi masih cuba bersangka baik.
Cuba melarikan diri tapi gagal
Menurutnya, dia bersama rakan yang lain terkurung hampir dua bulan di rumah berkenaan. Tindakan untuk melarikan diri adalah gagal.
Tetapi lama kelamaan, apabila sudah terlalu lama kerana hampir dua seminggu tidak mula bekerja, ada sudah mula memberontak dan cuba melarikan diri kerana rasa tertipu tetapi gagal.
Dirinya mula ditahan apabila pihak berkuasa Kemboja datang ke rumah tersebut membuat serbuan.
Jangan mudah gelap mata
Muhammad Daud juga memberi nasihat kepada rakyat Malaysia yang lain supaya tidak mudah terpedaya dan gelap mata dengan tawaran gaji lumayan sesuatu peluang pekerjaan.
Selidik dulu kerja yang diterima dan jangan mudah gelap mata dengan gaji lumayan yang ditawarkan.
Sumber: Harian Metro
0 comments :
Post a Comment