Permaianan seperti PUBG, Mobile Legends, God of Wars, Call of Duty kini menjadi kegilaan pemain permainan video. Semakin hari, kegilaan bermain permainan video ini semakin meningkat. Setiap individu termasuk kanak-kanak dan dewasa bermain permainan video game jika terdapat waktu lapang.
Wujud dakwaan yang mengatakan permainan video ganas akan mempengaruhi kelakuan pemain itu dalam kehidupan seseorang terutamanya kanak-kanak. Mereka akan menjadi lebih agresif, kurang peka dengan persekitaran dan cenderung untuk bersikap panas baran. Walaubagaimanapun, satu kajian telah dilakukan oleh Universiti Oxford membuktikan ianya salah!
Tidak mendatangkan keburukan
Menurut laporan Dailystar, Universiti Oxford telah melakukan satu kajian antara keganasan dalam permainan video telah dibukikan bahawa ianya tidak mempengaruhi kehidupan seharian. Sehubungan dengan itu, stigma masyarakat menyatakan keganasan permainan video memudaratkan dan memperngaruhi kanak-kanak perlu dibuang.
Keganasan permainan video tidak ada kaitan
Idea mengatakan bahawa permainan video meningkatkan keganasan kepada kanak-kanak adalah sangat popular, tetapi ianya sudah lama tidak dikaji.
Selain sering dijadikan topik oleh ibu bapa dan pembuat polisi, kajian membuktikan ianya tidak ada kaitan, kata Professor Andrew Przybylski
Bukan semua telah dibuktikan
Namun begitu, bukan semuanya telah terbukti, kajian masih belum membuktikan kesan buruk seperti kemarahan keterlaluan sekiranya gagal berjaya menyelesaikan misi permainan video termasuk mengeluarkan kata-kata kesat, menyumpah dan lain lain.
Sumber: Dailystar
0 comments :
Post a Comment