Jelita Prihatin 2019 : Tindakan Yang Perlu Diambil Terhadap Buli Siber

Buli siber sememangnya sudah lama wujud apabila zaman elektronik diperkenalkan pada warga bumi. Menurut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), buli siber adalah perbuatan menganggu seseorang dengan menggunakan internet atau teknologi digital, yang biasanya melibatkan ugutan dan ancaman. Laporan kajian Kempen Digi Yellow Heart mengenai buli siber pada 2018 mendedahkan bahawa 20.5 peratus pelajar mengakui bahawa mereka pernah dibuli dalam talian. Ketahui apa yang perlu dilakukan jika anda menjadi mangsa kepada buli siber.

Gambar : Ingimage

Jangan Balas

Jika anda dibuli di media sosial, cuba untuk tidak membalas. Tindakan membalas mungkin adalah reaksi yang diingini oleh si pembuli kerana ia memberikan mereka kuasa ke atas anda. Gunakan tetapan privasi di media sosial untuk menyekat akses si pembuli kepada akaun anda.

Gunakan Alat Pelaporan

Jika perbuatan buli berlaku di sosial media, gunakan alat pelaporan salah guna yang disediakan. Selain menyekat pembuli, ia juga boleh menurunkan kandungan jelik tersebut. Jika pembuli berterusan mengancam untuk mencederakan anda, laporkan terus kepada pihak polis.

Bersopanlah

Kajian menunjukkan bahawa perbuatan bergosip dan memburukkan orang lain akan meningkatkan risiko seseorang itu akan dibuli dalam talian. Cuba letakkan diri sendiri di tempat orang lain untuk seketika. Berfikir tentang perasaan orang lain boleh melembutkan sifat agresif yang wujud dan mengelak daripada berlaku pembulian siber.

Simpan Bukti

Sebagai seseorang yang dibuli penting untuk anda menyimpan bukti menujukkan bahawa pembulian berlaku. Tangkap layar mesej si pembuli, simpan dan tunjukkan kepada pihak yang boleh membantu anda.

Dapatkan Bantuan

Jika anda buntu bagaimana untuk mendapatkan bantuan, hubungi bahagian aduan SKMM untuk sebarang khidmat nasihat. Kadangkala pembuli juga perlukan bantuan untuk mengubah tingkah laku mereka.

Jadi Penegak Keadilan

Jika anda mengenali atau melihat seseorang dibuli dalam talian, jangan takut untuk pertahankan mangsa daripada menjadi lebih teruk. Laporkan kepada orang yang dipercayai atau terus ke pihak berkuasa.

Jadi bersikap positif dan jadi seorang yang bertanggungjawab dalam talian. Semua orang mempunyai buah fikiran sendiri, tidak kira positif atau negatif . Namun perbezaannya adalah bagaimana seseorang itu memilih untuk bertindak. Jadi, fikir dengan betul sebelum menghantar komen atau mesej negatif dan tahan diri daripada menghantarnya. Ianya jauh lebih mudah daripada cuba menarik balik atau memadamkannya setelah ia berada dalam talian.

The post Jelita Prihatin 2019 : Tindakan Yang Perlu Diambil Terhadap Buli Siber appeared first on Her Inspirasi.

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment