Jalani Hukuman Penjara, Ahmad Dhani Sebak Tak Dapat Sambut Birthday Anak

Lama tidak mendengar khabar vokalis band Indonesia, Dewa 19 iaitu Ahmad Dhani. Penyanyi ini masih menjalani hukuman penjara gara-gara memuatnaik status berbentuk kebencian berkaitan isu suku kaum dan agama menerusi akaun twitter rasminya sebelum ini.

Sebagai bapa sepastinya tidak dapat menahan kerinduan kepada anak, apatah lagi memberi kegembiraan sewaktu hari ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Safeea Ahmad. Inilah antara detik sukar yang terpaksa dihadapi Ahmad Dhani.

Selamat ulang tahun anakku tercinta

Memetik dari portal CNN Indonesia, Ahmad Dhani tidak dapat menahan air mata sewaktu ditanya media mengenai ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Safeea Ahmad sudah memasuki usia lapan tahun. Safeea merupakan anak pertama hasil perkahwinan bersama penyanyi Mulan Jameela.

Selamat ulang tahun kepada anakku tercinta Safeea Ahmad yang ke 8 tahun.

Perasaan sebak terdetik di hatinya semasa meniup sebatang lilin angka 8 pada kek selepas keluar dari perbicaraan kes di Pengadilan Negeri Surabaya.

Ini adalah perjuangan ayah

Selepas mengucapkan selamat ulang tahun buat anaknya itu, penyanyi ini terdiam seketika. Raut wajah penyanyi kemudian berubah sedih, mulutnya bergetar. Tangan kirinya kemudian menutup wajahnya untuk cuba menyekat air mata.

Maaf Ayah enggak bisa hadir. Safeea, ini adalah perjuangan ayah untuk demokrasimu  di masa depan. Allahuakbar.

BarakAllah Shafeea Ahmad

Instagram Photo

Foto ini dikongsikan penyanyi Mulan Jameela di Instagram ketika menyambut hari ulang tahun kelahiran anaknya di sekolah. Sambutan ini disambut dengan sederhana dengan hanya memotong pulut kuning bersama rakan di sekolah.

Sumber: CNN Indonesia, Mulan Jameela

Share on Google Plus

About Unknown

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.

0 comments :

Post a Comment