Sebagai ibu bapa, adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan kesihatan dan keselamatan ahli keluarga dalam keadaan terbaik setiap masa.
Namun, lain pula ceritanya dengan seorang bapa di China apabila mengambil langkah sendiri untuk ‘mengubati’ kembung perut si anak yang nyaris meragut nyawa.
Mahu keluarkan angin
Bayi malang berusia 41 hari hampir maut apabila ibu bapanya dilaporkan menyiat kira-kira 20 inci usus kecilnya keluar dari pusat menggunakan pemotong kotak. Ibu bapanya yang mempunyai 4 anak sebelum ini menyedari perut bayi itu kembung dan mahu ‘mengeluarkan angin’.
Bayi itu kini berada di bawah pantauan rapi pakar bedah yang berjaya memasukkan kembali usus ke dalam perutnya dalam pembedahan kecemasan.
Sebahagian bertukar kehitaman
Menurut laporan media China, doktor mengatakan bayi lelaki berkenaan menghidap umbilical hernia atau angin pasang umbilikal. Keadaan itu berlaku apabila sebahagian usus atau tisu lemak dicungkil dari dari dinding abdomen berhampiran pusat.
Dilaporkan 40 hingga 50 sentimeter (15-19 inci) dari usus kecil bayi berkenaan terkeluar dari pusatnya manakala kira-kira 25 cm telah bertukar kehitaman kerana terdedah.
Pakar bedah kanak-kanak Zhu Jianming berkata pihaknya telah menjalankan pembedahan segera selepas 3 jam kemalangan tersebut dilaporkan.
Sumber: Mail Online
0 comments :
Post a Comment