Hari ini telah berlangsungnya majlis aqiqah buat pasangan Almy Nadia dan Fizz Fairuz. Cahaya mata baru yang diberi nama Nur Afrina Ayra yang selamat dilahirkan pada Disember lalu merupakan anak ketiga pasangan ini. Mereka sekeluarga telah mengadakan majlis akikah puterinya itu bersama-sama meraikan hari lahir puteri sulungnya, Nur Afrina Arianna. Meriahnya tema kuning!
Meriahnya
Majlis serba ringkas itu diadakan di Bentong Pahang yang dihadiri saudara terdekat. Bertemakan kuning, majlis itu dilihat indah dan cukup lengkap bersama pelamin berendoi. Memang cantik!
Cantik ibu dan anak
Ramai juga yang memuji penampilan Almy Nadia di majlis itu dilihat sopan dan manis. Walaupun belum berhijab, namun Almy Nadia tampil selesa bertutup dan ramai mendoakan pelakon itu.
Manis bertudung
Kami di Oh!Bulan sekali lagi mengucapkan tahniah buat pasangan ini. Semoga kehadiran cahaya mata baru dapat mengeratkan hubungan pasangan ini lagi.
Sumber : Almy Nadia Instagram
0 comments :
Post a Comment