Masalah parut dan jerawat di muka boleh menyebabkan seseorang hilang keyakinan diri. Lebih-lebih lagi jika ada yang menjadikan masalah tersebut sebagai bahan ejekan.
Seperti yang dikongsi Amil Ahmad di Twitter, mukanya yang dulu ‘berlubang’ dan berparut hitam kini sudah pulih. Nak tahu macam mana caranya? Baca ini..
Dulu muka berjerawat dan berparut
Untuk mendapatkan kulit yang licin dan flawless bukannya mudah. Terdapat pelbagai petua dan pantang larang yang harus diamalkan agar kulit kembali pulih.
Antara tips penjagaan muka
Antara tips yang diamalkan adalah sentiasa mencuci muka setiap masa. Dia juga memberitahu jangan sesekali memegang muka dengan tangan yang kotor. Ini untuk mengelakkan jerawat dari terus tumbuh akibat kuman yang ada di tangan.
Diharamkan picit jerawat
Selain itu, lelaki ini juga menasihatkan orang ramai agar tidak memicit jerawat dengan tangan. Jika kulit anda jenis berminyak, anda digalakkan untuk mencuci muka dengan lebih kerap.
Sumber : Amil Ahmad
0 comments :
Post a Comment