Pengalaman melahirkan anak merupakan salah satu momen yang diingati para ibu. Bersalin juga dikatakan antara mimpi ngeri yang paling ditakuti ibu hamil. Ini kerana hampir 90 peratus wanita akan mengalami koyakan dan luka ketika bersalin.
Pakar sakit puan, Dr Izzat di Twitter berkongsi jenis-jenis dan tahap luka koyakan yang kebiasaannya berlaku. Jelasnya, proses jahitan bergantung kepada tahap koyakan itu sendiri.
Empat tahap luka bersalin
Mendapat lebih 4k retweet dan 2k likes, Dr Izzat menerangkan secara terperinci tahap luka seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas.
Paling teruk di tahap ketiga dan empat
Menjelaskan luka pada setiap tahap, Dr Izzat memberitahu koyakan paling teruk pada peringkat ketiga dan empat. Di peringkat ini, luka hendaklah dijahit dengan berhati-hati untuk mengelakkan jangkitan kuman.
Risiko dijangkiti kuman
Tambahnya, proses jahitan juga perlu dilakukan di dewan bedah dimana pesakit diberi bius separuh badan dan antibiotik.
Bagi luka tahap pertama dan kedua, bius disuntik di tempat koyakan sahaja.
Sumber : Dr. Izzat
0 comments :
Post a Comment