Berita baik buat korang kaki drama! Nak tahu kenapa? Tahun ini sekali lagi Drama Festival Kuala Lumpur 2019 bakal menemui anda dalam seri jelajah DFKL 2019. Yelah, biasa tengok artis pilihan anda di televisyen sahaja, apa kata kali ini anda tengok real depan mata. Mesti lagi syok!
Paling penting, DFKL kali ini menjanjikan lebih banyak aktiviti dan semestinya lebih fun! Jangan lepaskan peluang untuk hadirkan diri ke beberapa lokasi pilihan. Nak tahu apa yang menarik? Check it out!
Ujibakat
Buat anda yang dah lama pasang niat nak berlakon, inilah masanya untuk anda serlahkan bakat terpendam tu! Mana tahu ada rezeki kali ini, bolehlah jadi seperti Raja Afiq dan muncul dalam drama-drama terbitan TV3 dan TV9. Tapi, sebelum nak jadi pelakon hebat, haruslah dinilai oleh artis berpengalaman, barulah boleh tahu ada bakat atau nan hado.
Untuk tahun ini, Dato Rosyam Nor diberi peluang untuk mencungkil bakat peserta. Selain itu, turut serta adalah barisan pengarah dan penerbit ternama seperti Heykal Hanifah, Datuk A. Aida, Along Kamaludin, dan Eirma Fatimah. Mereka turut disertai oleh Ashraf Muslim dan Fasha Sandha sebagai ahli panel dan juri jemputan.
Paling seronok, para peserta turut diberi peluang bergandingan dengan dengan artis jemputan semasa sesi uji bakat sedang berlangsung. Apa-apa pun, anda haruslah hadir terlebih dahulu ke Seri Jelajah DFKL 2019, barulah boleh cerita hal bakat. Betul tak?
Bengkel
Yes! Untuk tahun ini pihak DFKL buat sedikit pembaharuan dimana hanya memfokuskan kepada kumpulan kecil sahaja. Hanya 10-20 orang peserta uji bakat siri jelajah DFKL 2019 sahaja yang layak untuk menyertai bengkel ini. Objektif utama pembaharuan ini adalah untuk memberikan lebih banyak ilmu secara lebih dekat.
Selain itu, melalui bengkel ini juga, bakat-bakat baharu ini juga akan disaring berdasarkan komitmen, disiplin, bakat, keyakinan, dan minat mereka untuk peringkat yang seterusnya. Bengkel ini akan berlangsung pada 22, 23, dan 24 Mac 2019 bersama tenaga pengajar hebat seperti Eirma Fatimah, Shahrulezad, dan Datuk Rosyam Nor.
Pertandingan Drama Pendek
Buat pengetahuan anda, enam karya telah diterjemahkan menjadi telefilem yang bakal disiarkan tahun ini merupakan hasil dari penyertaan di DFKL 2018. Paling menarik apabila karya pemenang pertandingan drama pendek tahun lepas telah diangkat menjadi sebuah telefilem bertajuk Viral Alam Maya.
Jadinya, jika anda seorang yang kreatif dan penuh idea, ingin karya anda diangkat menjadi telefilem. Apa kata anda sertai pertandingan Drama Pendek DFKL ini. Untuk tahun ini, tempoh penyertaan masih lagi dibuka sehingga 1 Mac 2019. Pemenang pertandingan yang bakal diumumkan pada Malam Anugerah DFKL 2019 akan membawa pulang sejumlah daripada hadiah wang tunai RM18,000. Syarat-syarat penyertaannya adalah seperti berikut:
- Tema : Realiti Dunia Media Sosial
- (Jalan cerita harus mempunyai nilai pengajaran, kemasyarakatan dan tidak melanggar etika, sensitiviti agama dan budaya) Durasi video: 3-5 minit
- Tarikh tutup penyertaan : 1 Mac 2019
- Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja
Sekiranya anda ingin menyertai mana-mana acara DFKL 2019, layari laman sesawang www.dfkl.com.my
Undi
Dah bertahun tengok drama, apa salahnya anda mengundi artis kesayangan pilihan anda kan? Anugerah DFKL diadakan bagi mengiktiraf drama-drama yang bersiaran sepanjang tahun 2018. Hanya 10 kali undian sahaja yang boleh dibuat setiap hari yer!
Jika anda mahukan drama dan artis kesayangan anda dinobatkan sebagai pemenang Anugerah DFKL, boleh membuat undian di sini.
Kategori Drama Pilihan
Kalau tahun lepas, Dekatkan Jarak Kita yang diterbitkan JS Pictures Sdn Bhd diangkat sebagai Drama Pilihan. Untuk tahun ini, drama mana pula ye? Memang boleh dikatakan semua drama yang disenaraikan favourite para penonton.
Antara calon drama pilihan Jangan Benci Cintaku, Kekasih Paksa Rela, Seribu Rindu, Isteriku ‘Mem’ Besar, Cik Sempurna, Papa Nak Menantu, Raisha 2, Cinta Hati Batu, Terbaik Dariku, Semerah Cinta Humairah, Nur, Andainya Takdir 2, Cinta Koko Coklat dan Dian.
Kategori Aktor Pilihan
Tanpa pelakon yang hebat, tidaklah berjaya satu-satu drama tersebut. Betul tak? Kalau tahun lepas, rezeki milik Zul Ariffin apabila dia dinobatkan sebagai pemenang aktor pilihan menerusi drama Titian Cinta. Tahun ini dapatkan dia mengekalkan gelarannya sekali lagi tahun ini? Kalau dilihat, persaingan tahun ini memang cukup hebat-hebat belaka.
Antaranya kita ada Saharul Ridzwan, Remy Ishak, Arash Mohd, Azrel Ismail, Zoey Rahman, Hafidz Rosli, Qi Razali, Faiz Tapaw, Bell Ngasri, Syazuwan Hassan, Fahrin Ahmad, Syukri Yahya, Aqasha, Syafiq Kyle, Fahrin Ahmad dan Ashraf Muslim. Siapakah bakal dinobatkan Aktor pilihan tahun ini?
Penulis Skrip & Pengarah Drama
Bukan mudah menjadi penulis skrip atau pengarah, kesempurnaan karya menggambarkan penulisan skrip yang sempurna. Skrip yang baik penting bagi mengelakkan penonton dilanda kebosanan dengan isi cerita yang disampaikan. Betul tak? Barulah boleh tercalon seperti senarai di bawah.
Antara yang tercalon adalah pengarah dan penulis skrip Idora Abdul Rahman untuk drama Kekasih Paksa Rela, Shahrulezad untuk drama Nur, dan Eoon Shuhaini untuk drama Andainya Takdir 2, Zamri Zakaria untuk drama Seribu Rindu dan Kyoll Hamzah untuk drama Dian.
Positif Selalu
Masih lagi mengekalkan objektif utama, DFKL 2019 mencari bakat bakat baru dalam dunia seni untuk diketengahkan. Para peserta berpeluang mengasah bakat dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan serta menimba ilmu bersama para pelakon yang berpengalaman.
Untuk DFKL pada tahun ini, ianya akan tampil dengan tema “#PositifSelalu”. Sesuai dengan kehidupan seharian kita yang perlu positif agar dapat menyerap budaya pemikiran dan perlakuan yang baik sesama kita. Gituh! Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke laman web DFKL untuk dapatkan pelbagai info. Good Luck!
0 comments :
Post a Comment